Mohd Rasyidin, Ismail (2016) Pembinaan modul 'Sukajawi' dalam meningkatkan pemulihan jawi dalam kalangan murid lemah jawi sekolah rendah. In: International Postgraduate Research Conference, 08-10 Oct 2016, Terengganu.
Text
FH03-FESP-17-08304.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini akan membincangkan tentang Pembinaan Modul 'suka jawi' ( MSJ ) dalam meningkatkan pemulihan jawi dalam kalangan murid lemah jawi sekolah rendah. Sampel pilihan adalah 60 orang daripada 140 orang murid lemah jawi Tahun 2 hingga 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Payong Marang Terengganu. Setiap Tahun diwakili oleh 12 orang murid lemah jawi. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian kurang 40% dalam ujian sumatif 2015. Kajian ini bertujuan melihat sejauhmanakah pembinaan modul MSJ berupaya meningkatkan semula penguasaan murid lemah jawi sekolah rendah. Kajian meliputi dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis borang maklumat murid, ujian pra dan pas manakala perbincangan puia meliputi cadangan dan cadangan kajian lanjutan. Didapati MSJ berupaya meningkatkan semula minat dan motivasi murid lemah jawi dalam penguasaan jawi. lni dibuktikan dengan peningkatan pencapaian murid lemah jawi dalam ujian pas dimana mereka telah lulus ujian berbanding ujian pra kesemua mereka gagal.Justeru MSJ telah memberi impak yang besar terhadap tahap penguasaan murid lemah jawi kerana mereka berupaya menulis dan membaca tulisan jawi pada kadar kecerdasan yang sederhana tetapi konsisten.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education |
Divisions: | Faculty of Business and Management |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 04 Nov 2020 04:39 |
Last Modified: | 04 Nov 2020 04:40 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/995 |
Actions (login required)
View Item |