Harta si Mati Mualaf: Antara Tuntutan Keluarga Bukan Islam dan Hak Baitulmal

Naziree, Md Yusof and Nor Aida, Ab. Kadir (2017) Harta si Mati Mualaf: Antara Tuntutan Keluarga Bukan Islam dan Hak Baitulmal. In: Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam, 12 December 2017, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam, Selangor.

[img] Text
FH03-FUHA-18-12897.pdf
Restricted to Registered users only

Download (257kB)

Abstract

Perbahasan hukum syarak menjelaskan kedudukan seseorang mualaf seperti pasangan yang perlu diceraikan, anak-anak perlu dipisahkan, tidak boleh mewarisi harta daripada bukan Islam dan sebaliknya, termasuk tempat pengkebumian jenazah perlu diasingkan daripada umat Islam. Fenomena ini mengakibatkan pendebatan konflik perundangan, isu-isu berhubung bidang kuasa Baitulmal dan Mahkamah Syariah, sama ada dalam perbicaraan sivil seperti perintah Estopel atau Injuksi, Surat Kuasa Mentadbir dan perintah Anggapan Mati, sering dipersoalkan oleh Mahkamah Sivil. Begitu juga perbicaraan jenayah, keputusan Mahkamah Syariah kerap menjadi sasaran kritikan terutamanya isu murtad yang terdapat banyak rentetan daripadanya seperti hak hadanah, pencen suami, nafkah isteri, pembahagian harta sepencarian dan lain-lain perkara yang sehingga kini masih tiada kaedah penyelesaian terakhir. Bahkan peranan Baitulmal terhad kepada pengurusan hartanah wakaf, harta pusaka baki faraid dan pelaburan hartanah. Makalah ini akan membahaskan beberapa alternatif bagi memastikan harta peninggalan mualaf masih boleh dikuasai oleh pihak Baitulmal dan kekal di bawah pengurusan masyarakat Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 04 Nov 2020 02:49
Last Modified: 04 Nov 2020 02:49
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/987

Actions (login required)

View Item View Item