Kaedah Taqrib Ra’yai dalam Polimik Bid’ah dalam Masyarakat Melayu

Fadzli, Adam and Rahimah, Embong and Firdaus Khairi, Abdul Kadir (2017) Kaedah Taqrib Ra’yai dalam Polimik Bid’ah dalam Masyarakat Melayu. In: Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization, 7 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-INSPIRE-18-13011.pdf
Restricted to Registered users only

Download (655kB)

Abstract

Secara umumnya ungkapan bid’ah mudah difahami oleh sebahagian besar umat Islam termasuk di alam Nusantara. Rentetan daripada itu umat Islam lebih gemar berpolimik dalam isu yang berkaitan dengan bid’ah. Polimik ini telah berlaku zaman berzaman dan terus berkekalan sehingga kini. Pandangan yang sering diperdebatkan adalah isu amalan baru yang dilakukan adakah bid’ah atau bid’ah hasanah. Terdapat dua pandangan yang utama iaitu ketiadaan bid’ah hasanah dan kewujudan bid’ah hasanah. Dalam kajian ini, dinyatakan tentang dua pandangan tersebut yang dipelopori oleh Imam Shafie dan Imam Shatibiy. Dalam pada itu, turut dicadangkan satu kaedah yang diistilahkan sebagai Taqrib Ra’yai bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan pendapat dalam kalangan imam mujtahid seterusnya mampu merapatkan jurang perselisihan dalam kalangan umat Islam. Metodologi kajian ini menggunakan analisis kandungan yang diperolehi dari kitab-kitab yang mu’tabar serta jurnal-jurnal akademik yang berkaitan dengan isu bid’ah. Hasil daripada kajian ini, dapat disumbangkan ke dalam masyarakat sebagai solusi kepada polimik yang sering diperdebatkan dalam masyarakat di Nusantara ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 03 Nov 2020 08:07
Last Modified: 03 Nov 2020 08:07
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/964

Actions (login required)

View Item View Item