Banjir 2014: Realiti kesiapsiagaan masyarakat

Norsiah, Ahmad and Wan Anisah, Endut and Rosmaria, Jaffar and Nurul Huda, Mustafa (2016) Banjir 2014: Realiti kesiapsiagaan masyarakat. In: PERSIDANGAN KAJIAN BENCANA BANJIR 2014, 04-06 Apr 2016, PUTRAJAYA.

[img] Text
FH03-FESP-17-08908.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Banjir berlaku saban tahun. Walaupun bukan mangsa, namun kesan banjir dapat dilihat dan dirasai oleh semua memandangkan liputan banjir sentiasa dibuat oleh pihak berkuasa. Bagi mengelakkan kerugian, kesiapsiagaan awal dan rapi adalah perlu namun ramai yang masih tidak bersedia. Antara isu yang diperkatakan selepas bencana banjir pada penghujung tahun 2014 yang merupakan banjir yang terburuk melanda Malaysia dalam beberapa dekad ke belakang ialah isu kesiapsiagaan Kesiapsiagaan juga dilihat sebagai satu kerjasama komuniti setempat dan jika dilakukan secara sendirian, kesannya mungkin tidak seperti yang diingini. Artikel ini membincangkan tahap kesiapsiagaan di kalangan mangsa banjir 2014 di beberapa kawasan terpilih di sekitar Sungai Kemaman dan Sungai Kelantan.. Kajian ini melibatkan enam buah daerah di Terengganu dan Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir tersebut. Indeks kesiapsiagaan mendapati tahap kesiapsiagaan adalah sederhana rendah bagi ke dua-dua negeri. Namun begitu, tahap kesiapsiagaan bagi tempat pemindahan dan penyimpanan barang adalah sederhana tinggi manakala tahap perlindungan kewangan serta pengetahuan berkaitan peralatan amaran banjir adalah rendah. Hasil kajian ini boleh digunakan untuk mengenalpasti aktiviti dan program tertentu untuk memastikan tahap kesiapsiagaan ditingkatkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 03 Nov 2020 01:11
Last Modified: 03 Nov 2020 01:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/953

Actions (login required)

View Item View Item