Naratif Sejarah Islam di Alam Melayu dalam Historiografi

Hanif, Md Lateh @ Junid and Ahmad Fathiin, Mohd Fadzil and Azmul Fahimi, Kamaruzaman (2017) Naratif Sejarah Islam di Alam Melayu dalam Historiografi. In: Nadwah Ulama Nusantara (NUN) VII: Ulama dan Pemikiran Wasatiyyah Nusantara, 8-9 August 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
FH03-FKI-18-12938.pdf
Restricted to Registered users only

Download (427kB)

Abstract

Kitab Hadiqat al-Azhar karangan Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan sebuah kitab sejarah Islam yang komprehensif dengan mengkhususkan historiografinya dalam meriwayatkan manaqib imam empat mazhab, manaqib enam wali qutb serta khabar salihin dalam sejarah Islam. Walau bagaimanapun, kitab ini turut mengandungi beberapa fasal berkenaan dengan sejarah Islam di Alam Melayu dengan mengkhususkan kepada sejarah kemasukan Islam, perkembangannya hingga kepada era colonial Barat. Kajian ini bertujuan untuk meneliti perbahasan sejarah Islam di Alam Melayu yang diriwayatkan di dalam kitab ini dengan mengkhususkan kepada dua fasal yang dikarang dalam bahasa Arab oleh Syeikh Ahmad. Kajian mengaplikasi pendekatan kualitatif berlandaskan metode pensejarahan dan analisis kandungan terhadap dua fasal tersebut. Hasil kajian mendapati, dua fasal tersebut tidak membahaskan secara keseluruhan mengenai sejarah Islam di Alam Melayu secara total namun terfokus kepada wilayah Islam di Indonesia sahaja.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 02 Nov 2020 04:31
Last Modified: 02 Nov 2020 04:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/934

Actions (login required)

View Item View Item