Kaedah kelahiran lotus birth menurut perubatan dan maqasid al-syariah

Siti Khatijah, Ismail and Siti Fatimah, Salleh and Zurita, Mohd.Yusoff and Ridzwan, Ahmad (2017) Kaedah kelahiran lotus birth menurut perubatan dan maqasid al-syariah. In: The International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC 2017), 4 Mac 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-12945.pdf
Restricted to Registered users only

Download (510kB)

Abstract

Kaedah kelahiran lotus birth merujuk kepada proses kelahiran yang mengekalkan tali pusat bersambung bersama bayi selepas dilahirkan. Kaedah ini didakwa mempunyai kebaikan dari aspek hubungan erat dengan ibu dari sudut bonding, membekalkan darah dan oksigen kepada bayi sehinggalah tali pusat tertanggal sendiri. Meskipun begitu, terdapat kontradiksi di antara alasan ini dengan fakta perubatan yang mengutamakan kaedah kelahiran selamat. Justeru, kertas kerja ini dibuat bagi menganalisis pro dan kontra isu ini dari perspektif perubatan dan maqasid al-syariah. Analisis terhadap fakta perubatan berkaitan dengan lotus birth dan temu bual bersama pakar Obstetrik dan Ginekologi serta penelitian terhadap karya ulama berkait konsep memelihara nyawa menunjukkan bahawa elemen mafsadah adalah lebih dominan berbanding dengan maslahah yang bersifat mawhumah. Sehubungan dengan itu, analisis dari perspektif perubatan dan konsep memelihara nyawa dalam maqasid alsyariah menunjukkan kepada pendekatan yang sama digunakan iaitu menjadikan keselamatan nyawa bayi sebagai suatu keutamaan seterusnya menolak amalan kaedah kelahiran ini dengan dakwaan yang bertentangan dengan konsep evidence based medicine.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: R Medicine > RJ Pediatrics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 02 Nov 2020 04:19
Last Modified: 24 Nov 2020 07:09
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/932

Actions (login required)

View Item View Item