Sumber-sumber pembangunan tanah pertanian menurut perspektif islam : Tinjauan terhadap dasar pertanian negara (DPN)

Mohd Borhanuddin, Zakaria and Abdulsoma, Thoarlim and Roslan, Ab Rahman (2017) Sumber-sumber pembangunan tanah pertanian menurut perspektif islam : Tinjauan terhadap dasar pertanian negara (DPN). In: International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2017 (ISLAC 2017, 4 Mac 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-13015.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Islam melihat pembangunan tanah pertanian adalah mulia. Ianya pasti melibatkan Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010, dan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) 2011-2020 merupakan satu transformasi kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sumber perundangan pembangunan tanah pertanian mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan,data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kuantitatif menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporanlaporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa dasar pembangunan pertanian Islam ialah menghapuskan dharar, mengenengahkan konsep al-falah wa al-khusran, mewujudkan konsep al-khalifah, mengelakkan segala bentuk al-israf iaitu pembaziran, menekankan konsep awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan dan pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Kajian juga mendapati DPN & DAN tidak merujuk kepada sumber perundangan dan pembangunan seimbang (vertical horizontal) , konsep fiqh al-awlawiyyah, maslahah umum dan maqasid al-shari c ah, pembangunan yang berteraskan kepada konsep tauhidiyyah, rububiyyah, tazkiyyah, tanzimiyyah, khilafah, insaniyyah, akhlaqiyyah. Implikasi kajian mencadangkan penerapan dasar pertanian Islam ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementarian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian berkaitan pembangunan pertanian dalam Islam dan pembangunan petani dalam melakukan usaha penambahbaikan ke atas pengurusan dan pentadbiran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 02 Nov 2020 03:58
Last Modified: 24 Nov 2020 07:15
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/927

Actions (login required)

View Item View Item