Menangani Bahasa Kiasan dalam Terjemahan Sari Kata Drama Arab Qamar bani Hashim

Noor Eliza, Abdul Rahman and Najmiah, Omar and Nik Murshidah, Nik Din (2017) Menangani Bahasa Kiasan dalam Terjemahan Sari Kata Drama Arab Qamar bani Hashim. In: Seminar Kebangsaan Bahasa dan Kesusasteraan Arab 2017, 28 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-13008.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan strategi penterjemahan bahasa kiasan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu dengan menumpukan kepada aspek tashbih, isti’arah, kinayah dan mathal dalam sari kata drama Arab berjudul ‘Qamar Bani Hashim’. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi penterjemahan yang diaplikasi oleh penyari kata dalam menterjemahkan bahasa kiasan di samping menganalisis strategi penterjemahan yang sesuai untuk diguna pakai dalam menangani bentuk-bentuk bahasa kiasan yang dibincangkan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. Kajian ini berpandukan kepada strategi penterjemahan metafora yang dikemukakan oleh Newmark. Sebanyak 12 sampel dipilih untuk dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga strategi penterjemahan yang menjadi pilihan penyari kata, iaitu penterjemahan literal, pentafsiran dan penggantian. Berdasarkan sampel-sampel yang dipilih, penggunaan strategi pentafsiran adalah paling tinggi. Kajian ini mendapati strategi penterjemahan literal boleh digunakan sekiranya ada kesesuaian pada lafaz dan makna antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Penggunaan strategi pentafsiran pula tidak boleh menghasilkan terjemahan yang terlalu panjang dan strategi penggantian pula dianggap sangat sesuai untuk membantu penonton memahami mesej cerita dengan pantas dan mudah dalam teks sari kata yang terikat dengan kekangan ruang dan masa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 02 Nov 2020 03:10
Last Modified: 02 Nov 2020 03:10
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/918

Actions (login required)

View Item View Item