Zanariah, Mat Isa and Kamarul Shukri, Mat Teh (2016) Memahami masalah tingkah laku luaran kanak-kanak di dalam kelas. In: International Conference On Islamic Jurisprudence, 29 Oct 2016, Krabi , Thailand.
Text
FH03-FKI-17-08954.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak merupakn satu fenomena sejagat yang berlaku di seluruh dunia. Fenomena ini telah menyaksikan minat yang besar dalam kalangan pengkaji untuk memahami masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak yang semakin kompleks mutakhir ini secara praktikal dan saintifik. Masalah penyesuaian tingkah laku luaran mempengaruhi tindak balas individu dan memberi kesan terhadap hubungan sosial, perkembangan emosi dan kognitif, personaliti, kesihatan mental dan fizikal, kemahiran lierasi dan numerasi, kebolehan berbahasa, kesediaan belajar dan ke sekolah. Artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak di tadika atau prasekolah. Perbincangan dimulakan dengan pendefinisian masalah penyesuaian tingkah laku luaran daripada beberapa penyelidik. Pengklasifikasian dalam masalah penyesuaian tingkah laku luaran oleh para penyelidik turut dibincangkan. Perbincangan tertumpu pada dua bentuk masalah penyesuaian tingkah laku luaran iaitu permusuhan-agresif dan hiperaktif. Secara tradisi masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak dikaitkan dengan faktor ibu bapa. Punca masalah penyesuaian tingkah laku luaran dalam perbincangan ini berasaskan Teori Dreikurs. Implikasi masalah penyesuaian tingkah laku luaran kepada kanak-kanak dan guru turut dibincangkan. Ilmu, kemahiran, komitmen dan kebijaksanaan guru sangat diperlukan untuk mengendalikan masalah tingkah laku kanak-kanak. Sehingga kini, penyelidikan berkaitan masalah penyesuaian tingkah laku luaran telah diintegrasikan dan diteroka dalam pelbagai aspek yang lebih kompleks seperti kognisi, biologikal, interaksi dengan konteks persekitaran serta perubahan dan keseinambungan dari semasa ke semasa merentasi sempadan masa, geografi dn budaya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 28 Oct 2020 08:36 |
Last Modified: | 28 Oct 2020 08:38 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/896 |
Actions (login required)
View Item |