Zanariah, Mat Isa and Kamarul Shukri, Mat Teh (2016) Apa itu temperamen? temperamen dalam perkembangan kanak-kanak: Satu tinjauan awal. In: International Postgraduate Research Conference, 08-10 Oct 2016.
Text
FH03-FKI-17-08955.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Temperamen memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Temperamen mempengaruhi tindak balas individu yang memberi kesan terhadap tingkah laku, hubungan sosial, personaliti kesihatan fizikal, kebolehan berbahasa dan kejayaan dalam akademik. Artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan temperamen. Perbincangan dimulakan dengan sejarah temperamen diikuti dengan penyenaraian definisi daripada beberapa orang penyelidik. Pengklasifikasian dalam temperamen oleh para penyelidik turut dibincangkan, diikuti penilaian dan pengukuran dalam temperamen. Secara tradisi temperamen dikaitkan dengan faktor biologi yang menyebabkan perbezaan tindak balas tingkah laku individu terutama semasa zaman perkembangan kanak-kanak. Sehingga kini, penyelidikan berkaitan temperamen telah diintegrasikan dan diteroka dalam pelbagai aspek yang lebih kompleks seperti kognisi, interaksi dengan konteks persekitaran serta perubahan dan kesinambungan dari semasa ke semasa merentasi sempadan geografi dan budaya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | Q Science > Q Science (General) Q Science > QH Natural history > QH301 Biology |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 28 Oct 2020 08:17 |
Last Modified: | 28 Oct 2020 08:17 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/891 |
Actions (login required)
View Item |