Kajian nilai shahid al-Quran dalam tatabahasa arab: Satu tinjauan awal

Zamri, Rajab and Zulazhan, Ab. Halim and Kamarul Shukri, Mat Teh (2016) Kajian nilai shahid al-Quran dalam tatabahasa arab: Satu tinjauan awal. In: International Postgraduate Research Conference, 08-10 Oct 2016.

[img] Text
FH03-FKI-17-08956.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Sejak lebih tiga dekat kebelakangan ini, kajian shahid al-Quran telah mendapat tempat dalam kalangan pengkaji tatabahasa Arab sebagai usaha memahami lambakan jumlah shahid tersebut dalam karya tatabahasa. Kajian ini bermatlamat untuk menyingkap ruang kajian shahid al-Quran yang masih belum diterokai terutama dalam karya yang dihasilkan oleh tokoh tatabahasa serantau. Kertas kerja ini berbentuk kajian kualitatif dengan data utamanya diperoleh melalui analisis dokumen kepustakaan. Data sokongan pula diperoleh melalui temu bual separa struktur ke atas pentadbir dan guru yang mengajar tatabahasa Arab di tiga buah pusat pengajian pondok di Kelantan. Data-data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan prinsip Systematic Literature Review (SLR) bagi memenuhi objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kitab Tashil Nayl al-Amani karangan Sheikh Ahmad al-Fatani sesuai dipilih sebagai korpus kajian shahid al-Quran lanjutan memandangkan jumlah shahid al-Quran yang banyak di dalamnya. Nilai penggunaan shahid al-Quran pula boleh dijadikan fokus kajian berkenaan bagi meneroka sebab tersirat di sebalik pemilihan penggunaan shahid yang tertentu. Pendekatan kajian kualitatif pula dikesan sebagai metodologi yang sesuai kerana kajian sebegini memerlukan daya analisis dan interpretasi secara mendalam terhadap kandungan sesebuah karya tatabahasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 08:01
Last Modified: 28 Oct 2020 08:01
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/889

Actions (login required)

View Item View Item