Masalah penyesuaian tingkah laku murid pra sekolah

Zanariah, Mat Isa and Kamarul Shukri, Mat Teh (2016) Masalah penyesuaian tingkah laku murid pra sekolah. In: Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21 2016, 06-07 Aug 2016, Perak.

[img] Text
FH03-FKI-17-08958.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Masalah penyesuaian tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak merupakan fenomena biasa dan acap kali berlaku. Menurut Teori Ekologi kondisi persekitaran yang kondusif perlu bagi mengoptimumkan seluruh aspek perkembangan kanak-kanak. Masalah penyesuaian tingkah laku di dalam kelas boleh menyebabkan wujud suasana yang tidak kondusif terutama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara bentuk masalah penyesuaian tingkah laku yang dilakukan ialah terlampau aktif, lasak, tidak boleh duduk diam daya tumpuan yang singkat, sukar mengawal emosi dan tidak boleh mengikut peraturan. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengubah masalah ponyesuaian tingkah laku murid tabika. Subjek ini telah dikenal pasti mengalami masalah penyesuaian tingkah laku melalui pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Kaedah terapi wuduk telah dipilih untuk membantu mengatasi masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak ini. Setelah 23 hari terapi wuduk dilakukan, subjek kajian telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif. Subjek sudah mula fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, mendengar dan mengikut arahan guru, bersosialisasi dengan rakan-rakan dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Hasil kajian ini menunjukkan terapi wuduk telah mengubah masalah penyesuaian tingkah laku subjek kajian. Terapi wuduk ini boleh dan mudah dilaksanakan oleh guru, pembantu guru ataupun ibu bapa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 07:39
Last Modified: 28 Oct 2020 07:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/884

Actions (login required)

View Item View Item