Pelaksanaan fiqh muamalat orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia: Isu dan cabaran

Abdulsoma, Thoarlim and Azman, Ab Rahman and Norlina, Ismail (2017) Pelaksanaan fiqh muamalat orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia: Isu dan cabaran. In: ISLAC 2017, 2 Apr 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-13055.pdf
Restricted to Registered users only

Download (284kB)

Abstract

Fiqh Muamalat merupakan satu cabang ilmu yang penting dalam kehidupan masyarakat termasuklah golongan normal mahupun Orang Kelainan Upaya (OKU). Namun, timbul beberapa isu dan cabaran dalam pelaksanaan Fiqh Muamalat bagi golongan OKU di Malaysia. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan definisi OKU dan konsep Fiqh Muamalat dalam Islam, di samping mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh golongan OKU khususnya dalam aspek jual beli, simpanan dan pinjaman di institusi perbankan, agensi kerajaan mahupun swasta. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah kajian dokumentasi dan temu bual. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa isu dan cabaran dari sudut pelaksanaan Fiqh Muamalat yang melibatkan golongan OKU ketika berurusan dengan golongan normal seperti masalah komunikasi untuk berinteraksi antara satu sama lain. Di samping itu, terdapat juga cabaran dari sudut pelaksanaan prosedur dan terma yang diguna pakai dalam urusan jual beli, simpanan dan pinjaman serta medium yang digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada OKU. Kertas kerja ini diharapkan dapat memberi panduan khususnya kepada pihak berwajib yang terlibat secara langsung dalam pengurusan muamalat OKU dan umumnya kepada masyarakat di Malaysia. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan dan cabaran kontemporari seterusnya dapat mencadangkan penambahbaikan bagi mengatasi isu dan cabaran dalam pelaksanaan fiqh muamalat bagi golongan OKU dari semasa ke semasa

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 07:38
Last Modified: 24 Nov 2020 07:14
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/883

Actions (login required)

View Item View Item