Terapi Wuduk Dalam Mengubah Tingkah Laku Negatif Murid Prasekolah

Zanariah, Mat Isa and Rosemini, Abdul Salam and Kamarul Shukri, Mat Teh (2016) Terapi Wuduk Dalam Mengubah Tingkah Laku Negatif Murid Prasekolah. In: International Social Sciences And Tourism Research Conference 2016, 20-22 Apr 2016.

[img] Text
FH03-FKI-17-08960.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Masalah tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah merupakan fenomena biasa dan acap kali bcrlaku. Situasi ini boleh menyebabkan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak kondusif. Antara bentuk masalah tingkah laku yang dilakukan ialah terlampau aktif, lasak, tidak boleh duduk diam, daya tumpuan yang singkat, sukar mengawal emosi dan tidak boleh mengikut peraturan. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengubah tingkah laku negatif pasangan kembar murid prasekolah. Subjek ini telah dikenal pasti mengalami masalah tingkah laku melalui pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Kaedah terapi wuduk telah dipilih untuk membantu mengatasi masalah tingkah laku mereka. Setelah dua minggu terapi wuduk dilakukan, subjek kajian telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif. Subjek sudah mula fokus terhadap pengajaran dan pcmbelajaran, mendengar dan mcngikut arahan guru, bersosialisasi dengan rakan-rakan dan bercakap dengan sopan santun. Hasil kajian ini menunjukkan terapi wuduk telah mengubah tingkah laku negatif subjek kajian. Terapi wuduk ini boleh dan mudah dilaksanakan oleh guru, pembantu guru ataupun ibu bapa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 07:19
Last Modified: 28 Oct 2020 07:19
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/878

Actions (login required)

View Item View Item