Kefahaman Terhadap Al-Asma‟ Al-Husna Dan Kaitannya Dengan Ciri Al-Ikhlas Menurut Al-Ghazali Dalam Kitab Al-Maqsad Al-Asna

Mohd Hasrul, Shuhari and Mohd Fauzi, Hamat and Mohd Shaifulbahri, Abdullah and Nur Zakiyyah, Remli (2016) Kefahaman Terhadap Al-Asma‟ Al-Husna Dan Kaitannya Dengan Ciri Al-Ikhlas Menurut Al-Ghazali Dalam Kitab Al-Maqsad Al-Asna. In: International Postgraduate Research Conference (IPRC) 2016, 08-10 Oct 2016, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-17-08963.pdf
Restricted to Registered users only

Download (386kB)

Abstract

Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna merupakan perkara penting dalam Islam kerana ia telah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya. Setiap yang diarahkan oleh baginda s.a.w sudah pasti ada keistimewaannya dan kelebihannya kepada seseorang individu itu khususnya dalam kalangan umat Islam. Antara keistimewaan tersebut ialah dorongan menyemai ciri al-ikhlas (keikhlasan) dalam diri seseorang individu Muslim. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah memahami al-Asma’ al-Husna menurut al-Ghazali (m. 505). Hubung kait di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-ikhlas yang boleh dibentuk dan disemai dalam diri seseorang individu Muslim juga diperjelaskan. Kertas kerja ini menggunakan metodologi analisis kandungan (content analysis) yang difokuskan kepada kitab tulisan al-Ghazali iaitu al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna. Kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah kefahaman terhadap al-Asma’ alHusna yang betul akan membantu dan mendorong seseorang individu Muslim itu memiliki ciri al-ikhlas kerana terdapat hubung kait yang signifikan di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-ikhlas tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 06:16
Last Modified: 28 Oct 2020 06:16
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/872

Actions (login required)

View Item View Item