Mengenali Temperamen Kanak-kanak Dan Kepentingan Kepada Guru Prasekolah

Zanariah, Mat Isa and Kamarul Shukri, Mat Teh (2016) Mengenali Temperamen Kanak-kanak Dan Kepentingan Kepada Guru Prasekolah. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2016, 13-15 Nov 2016, Penang.

[img] Text
FH03-FKI-17-08967.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Secara tradisi temperamen dikaitkan dengan faktor biologi yang diwarisi dan memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Temperamen mempengaruhi tindak balas individu, terutamanya semasa zaman awal perkembangan kanak-kanak dan memberi kesan terhadap tingkah laku, hubungan sosial, personaliti, kesihatan fizikal, kebolehan berbahasa dan kejayaan dalam akademik. Artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan temperamen. Perbincangan dimulakan dengan kepelbagaian tindak balas tingkah laku kanak-kanak dan disusuli dengan pendefinisian temperamen daripada beberapa orang penyelidik. Pengklasifikasian dalam temperamen oleh para penyelidik turut dibincangkan. Sehingga kini penyelidikan berkaitan temperamen telah diintegrasikan dan diteroka dalam pelbagai aspek yang lebih kompleks seperti kognisi, interaksi dengan konteks persekitaran serta perubahan dan kesinambungan dari semasa ke semasa merentasi sempadan geografi dan budaya. Perbincangan diakhiri dengan kepentingan guru prasekolah mengenali dan memahami temperamen kanak-kanak. Selain memahami corak tingkah laku guru dapat merancang, menyediakan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta bermakna untuk setiap kanak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 04:51
Last Modified: 28 Oct 2020 04:51
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/867

Actions (login required)

View Item View Item