Keperluan ulum hadith untuk masyarakat umum

Rohaizan, Baru (2016) Keperluan ulum hadith untuk masyarakat umum. In: Seminar Hadith Nabawi 2016 Peringkat Kebangsaan, 1 Aug 2016, Kota Bharu.

[img] Text
FH03-FKI-17-08985.pdf
Restricted to Registered users only

Download (561kB)

Abstract

Hadith nabi SAW adalah sumber penting umat Islam. Ilmu tentang hadith nabawi ini perlu dipelihara dan terus dikembangkan supaya ajaran Islam yang terkandung di dalamnya tidak hilang dan berubah dibawa arus perubahan zaman. Di dalam ilmu ini ada petunjuk akidah kepada umat, ada pedoman bermuamalah, ada panduan mencari bekalan untuk ke akhirat. Ilmu ini sangat penting untuk difahami dan diwarisi dari generasi ke generasi. Silap langkah boleh membawa penganutnya ke lembah bahaya dan kesesatan.Ulama hadith adalah pejuang yang tidak pernah kenal lelah sentiasa berusaha untuk menyampaikan warisan sunnah ini kepada segenap generasi umat terpelihara dari sebarang pencemaran yang boleh menggugat kesahihan dan keasliannya. Kertas ini cuba membawa mesej kepada masyarakat umat Islam seluruhnya bahawa pentingnya memahami dan mendalami ilmu hadith ini supaya umat tidak terkeliru dengan sumber rujukan utama mereka sendiri. Para asatizah atau tenaga pengajar yang membimbing masyarakat umum seharusnya terlebih dahulu memastikan diri mereka memiliki maklumat yang betul dan tepat tentang ilmu hadith nabawi ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 04:33
Last Modified: 28 Oct 2020 04:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/866

Actions (login required)

View Item View Item