Pentaksiran Akhlak Melalui Strategi Pentaksiran Pembelajaran Imam Al-Ghazali

Kamarul Shukri, Mat Teh and Yuslaini, Yunus (2016) Pentaksiran Akhlak Melalui Strategi Pentaksiran Pembelajaran Imam Al-Ghazali. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2016, 13-15 Nov 2016, Penang.

[img] Text
FH03-FKI-17-08989.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Pentaksiran akhlak (PA) memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran ( PdP) di dalam bilik darjah. Proses pentaksiran yang berlaku perlu diberi penekanan kepada akhlak pelajar. Perhatian yang serius diberikan kepada bakal guru kerana mereka merupakan tunjang pembentuk masyarakat maju pada alaf ke-21. Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pentaksiran akhlak pelajar IPG melalui strategi pentaksiran pembelajaran Imam Al-Ghazali. Pentaksiran ini dilakukan dalam usaha untuk mempertingkatkan pcncapaian akademik dan sekali gus membentuk akhlak pelajar. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang dijalankan di tiga buah lnstitut Pendidikan Guru (IPG). Sampel dipilih secara bertujuan (purposive sampling) dengan melibatkan 15 orang peserta kajian. Triangulasi kaedah pengumpulan data dilaksanakan dengan menggabungkan data temu bual separa bcrstruktur sebagai data utama, pemerhatian dan perbincangan berkumpulan (focus group discussion) sebagai data sokongan. Data ini dianalisis untuk menghasilkan tema dan kategori yang dilaporkan secara deskriptif dan interpretif. Kesahan dan kebolehpercayaan dilakukan melalui pengesahan pakar dan semakan peserta kajian (members check). Hasil yang diperoleh menunjukkan pola berdasarkan kepada tujuan, kriteria, strategi, kualiti, maklumat dan alat pentaksiran. Pentaksiran akhlak ini bertujuan menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik kepada pelajar melalui tingkah laku, cara berpakaian, sifat, sikap dan tutur kata yang baik dan sopan bagi membentuk keperibadian seseorang bakal guru.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 04:11
Last Modified: 28 Oct 2020 04:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/857

Actions (login required)

View Item View Item