Faktor Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Kolej Islam Antrabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Kamarul Shukri, Mat Teh and Linamalini, Mat Nafi (2017) Faktor Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Kolej Islam Antrabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). In: Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social Sciences 6, 18-19 Mac 2017, Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Malaysia.

[img] Text
FH03-FKI-18-13343.pdf
Restricted to Registered users only

Download (589kB)

Abstract

Pelbagai kajian yang dijalankan mendapati bahawa penggunaan strategi penbelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar Malaysia berada pada tahap yang rendah dan sederhana. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penggunaan strategi pembelajaran bahasa tersebut. Antaranya, pencapaian bahasa Arab, motivasi bahasa, jantina, tempoh belajar dan tahap pendidikan ibu dan bapa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menerokai penggunaan SPB oleh pelajar ketika mempelajari bahasa Arab dan seterusnya mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan SPB tersebut. Kajian ini melibatkan 100 orang responden daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Kajian tinjauan yang bersifat kuantitatif ini menggunakan soal selidik strategi pembelajaran bahasa SILL versi 7.0. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar menggunakan keseluruhan strategi pada tahap sederhana. Strategi metafizik merupakan strategi yang paling kerap digunakan oleh para pelajar, manakala strategi kognitif adalah strategi yang paling kurang digunakan oleh pelajar. Ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pada tahap penggunaan SPB berdasarkan jantina dan juga terdapat perbezaan signifikan pada tahap penggunaan SPB berdasarkan jumlah jam belajar bahasa Arab di luar kelas dalam seminggu. Hasil kajian ini sedikit sebanyak memberi sumbangan terhadap implikasi teori dan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di KIAS khasnya

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 03:41
Last Modified: 24 Nov 2020 08:17
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/852

Actions (login required)

View Item View Item