Hubungan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan dan Masalah Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak

Zanariah, Mat Isa and Kamarul Shukri, Mat Teh and Mohd Ramzan, Awang (2017) Hubungan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan dan Masalah Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak. In: The International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society (Islac 2017), 4-5 March 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-13353.pdf
Restricted to Registered users only

Download (295kB)

Abstract

Masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak merupakan satu fenomena universal yang berlaku di seluruh dunia. Masalah ini tidak pernah berakhir dan semakin kompleks mutakhir ini. Banyak kajian telah dilakukan secara praktikal dan saintifik untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. Kanak-kanak yang mengalami masalah penyesuaian tingkah laku akan memberi kesan kepada tindak balas individu, hubungan sosial, perkembangan emosi dan kognitif, personaliti, kesihatan mental dan fizikal, kemahiran literasi dan numerasi, kebolehan berbahasa, kesediaan belajar dan ke sekolah. Kajian ini bertujuan mengukur penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak di tadika. Tiga jenis penglibatan ibu bapa dalam pendidikan telah dikenal pasti. Data kuantitatif dikumpul daripada 380 ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Tadika Yayasan Islam Terengganu (TYIT) yang dipilih secara rawak mudah di lapan daerah di negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga jenis penglibatan ibu bapa dalam pendidikan iaitu penglibatan di rumah, di sekolah dan interaksi rumah-sekolah. Keseluruhannya penglibatan ibu bapa dalam pendidikan berada pada tahap yang sederhana. Hasil analisis One Way Anova menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan pada tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dengan masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak di TYIT. Kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan kanak-kanak di rumah, sekolah dan interaksi rumah sekolah. Disyorkan kerajaan menyediakan garis panduan dalam melaksanakan program penglibatan ibu bapa, menyediakan dana untuk menyokong kewangan tadika dan menggalakkan majikan memberi pelepasan masa untuk ibu bapa terlibat dalam aktiviti sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 02:48
Last Modified: 28 Oct 2020 02:48
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/836

Actions (login required)

View Item View Item