Wasilah Dakwah Nabi s.a.w. kepada Pembesar: Kajian Terhadap Kepentingan dan Keberkesanan Surat

Zawawi, Yusoff and Azli Fairuz, Laki and Berhanundin, Abdullah and Musthaffa, Khayyat (2016) Wasilah Dakwah Nabi s.a.w. kepada Pembesar: Kajian Terhadap Kepentingan dan Keberkesanan Surat. In: SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN ISLAM DAN PENYELIDIKAN (ICIER) 2016, 05-06 Dec 2016, Langkawi.

[img] Text
FH03-FKI-17-09007.pdf
Restricted to Registered users only

Download (720kB)

Abstract

Dakwah merupakan tugas utama para Rasul (a.s.). Sasaran dakwah mereka yang paling mencabar adalah golongan pembesar. Artikel ini membincangkan wasilah dakwah Nabi Muhammad s.a.w. menerusi aktiviti dakwah baginda kepada pembesar. Penelitian mengenai wasilah dakwah ini dilakukan menerusi analisis terhadap ayat al-Quran dan Hadis yang berkaitan, termasuk kitab-kitab sirah bagi mengenal pasti bentuk wasilah yang sesuai bagi golongan ini. Dapatan kajian menunjukkan wasilah dakwah Nabi s.a.w. adalah berteraskan pendekatan menyesuaikan penggunaan wasilah dengan sasaran dakwah. Wasilah surat dipilih oleh Nabi s.a.w. kerana faktor jarak yang jauh antara baginda dengan pembesar yang tidak memungkinkan berlakunya komunikasi interpesonal antara mereka menerusi bahasa lisan. Namun demikian, baginda tetap menggunakan bahasa lisan dengan berpesan kepada wakil pembesar yang datang berjumpanya dengan pesanan-pesanan tertentu untuk disampaikan kepada pembesar mereka. Berdasarkan amalan dakwah Nabi s.a.w. didapati bahawa wasilah dakwah menerusi komunikasi bahasa lisan dan tulisan mempunyai kesan yang besar terhadap kejayaan dakwah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 02:29
Last Modified: 28 Oct 2020 02:29
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/830

Actions (login required)

View Item View Item