Budaya Permainan Dan Pertandingan Burung Ketitir Di Selatan Thailand : Status Hukum Dari Perspektif Ulama Semasa

Daud, Ismail and Abdulsoma, Thoarlim and Muhammadhusnee, Yanya and Asyraf, Ab Rahman and Ibraheng, Saleh (2017) Budaya Permainan Dan Pertandingan Burung Ketitir Di Selatan Thailand : Status Hukum Dari Perspektif Ulama Semasa. In: ISLAC 2017, 4-5 March 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-13389.pdf
Restricted to Registered users only

Download (502kB)

Abstract

Seni suara burung ketitir adalah unik dan istimewa. Pemeliharaannya pula bukan setakat mendengar keindahan suara, malah juga untuk dipertandingkan. Pertandingan seni suara burung ketitir merupakan aktiviti yang paling diminati setiap lapisan masyarakat Melayu Islam Selatan Thailand. Ini boleh dilihat, apabila aktiviti ini dipertandingkan hampir setiap hari kecuali hari Jumaat di kebanyakan tempat dan daerah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan ulama semasa di Selatan Thailand tentang kedudukan hukum pertandingan burung ini. Pendekatan kajian ini adalah melalui kaedah temu bual mendalam dengan tokohtokoh ulama di Selatan Thailand. Hasil kajian mendapati para ulama Selatan Thailand bersepakat pendapat terhadap keharusan pertandingan yang berbentuk seni suara burung sekiranya tanpa pembayaran yuran dan hadiah. Namun mereka tidak sependapat mengenai hukum bentuk pertandingan yang dikenakan bayaran yuran, hadiah dan cabutan bertuah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 02:25
Last Modified: 28 Oct 2020 02:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/828

Actions (login required)

View Item View Item