Impak banjir terhadap ekonomi Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) di Rantau Panjang, Kelantan

Wan Amalina, Wan Abdullah@Wan Abdullah and Zaharah Salwati, Baba and Syamsul Azri, Abdul Rahman and Noryati, Yaakub and Yasmiza, Long (2016) Impak banjir terhadap ekonomi Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) di Rantau Panjang, Kelantan. In: PERSIDANGAN KAJIAN BENCANA BANJIR 2014, 04-06 April 2016, Pullman Putrajaya Lakeside.

[img] Text
FH03-FESP-17-09119.pdf
Restricted to Registered users only

Download (902kB)

Abstract

Kekerapan berlakunya musibah banjir di daerah Rantau Panjang telah memberi impak yang negatif kepada Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) kerana terpaksa menanggung kos kerugian yang besar akibat kemusnahan harta benda. Kedudukan lokasi zon bebas cukai ini yang terletak di tepi Sungai Golok menyebabkan berlakunya kejadian banjir berulang dan turut menjejaskan aktiviti ekonominya saban tahun khususnya di musim tengkujuh. Tujuan utama kajian adalah untuk melihat kesan ekonomi akibat bencana banjir yang berlaku. Selain itu, kajian ini juga melihat adakah faktor-faktor bantuan banjir, makro politik, tekanan emosi dan pengurusan maklumat memberi kesan kepada pemulihan perniagaan. Seterusnya kajian ini juga melihat peranan pihak kerajaan dan persepsi peniaga EKS terhadap bantuan banjir yang diberikan. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik melibatkan seramai 251 responden yang terdiri daripada peniaga-peniaga EKS yang dipilih secara persampelan rawak. Data kuantitatif dianalisis menggunakan Model Persamaan Berstruktur (SEM). Manakala pendekatan kualitatif dijalankan secara temubual separa berstruktur dengan lapan peniaga EKS di Ranyau Panjang. Dapatan kajian secara kuantitif menggunakan SEM menunjukkan bahawa hanya faktor bantuan banjir memberi kesan yang signifikan terhadap pemulihan banjir. Faktor bantuan banjir ini termasuklah jumlah bantuan, penyediaan pusat penyelarasan / pengurusan bantuan, bantuan dalam bentuk kewangan dan khidmat nasihat. Hasil kajian secara kualitatif menunjukkan bahawa bantuan tidak pernah diperolehi oleh responden. Kajian ini mencadangkan pihak kerajaan menambah baik polisi bantuan banjir yang sedia ada dengan memberi penekanan kepada faktor-faktor yang signifikan kepada pemulihan banjir.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 27 Oct 2020 03:44
Last Modified: 27 Oct 2020 03:44
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/763

Actions (login required)

View Item View Item