Klasifikasi Sedimen Menggunakan Teknik Envirometrik: Satu Kajian Kes Di Sungai Pahang, Malaysia (Sediment Classification using Envirometric Technique: A Study Case in Pahang River, Malaysia)

Mohd Khairul Amri, Kamarudin and Mohd Ekhwan, Toriman and Frankie, Marcus Ata (2016) Klasifikasi Sedimen Menggunakan Teknik Envirometrik: Satu Kajian Kes Di Sungai Pahang, Malaysia (Sediment Classification using Envirometric Technique: A Study Case in Pahang River, Malaysia). Malaysian Journal of Analytical Sciences, 20 (5). pp. 1171-1180. ISSN 1394 - 2506

[img] Text
FH02-ESERI-16-06769.pdf
Restricted to Registered users only

Download (910kB) | Request a copy
[img] Image
FH02-ESERI-16-07201.jpg
Restricted to Registered users only

Download (232kB) | Request a copy

Abstract

Masalah sedimentasi merupakan masalah utama sungai di Malaysia. Analisis saiz partikel sedimen di sungai menyediakan maklumat yang berguna dalam menilai kadar dan corak hakisan, pengangkutan dan pemendapan pada sesuatu masa. Bahanbahan sedimen dikelaskan mengikut saiz seperti pasir, kelodak dan liat. Kajian ini membincangkan hasil kajian mengenai analisis sedimentasi yang dijalankan di Sungai Pahang pada 3 hingga 6 Jun 2015. Sebanyak 13 stesen persampelan telah dipilih. Parameter yang telah diguna bagi tujuan kajian ini berdasarkan kepada jenis taburan saiz partikal sedimen (g). Pengelasan mengikut saiz bahan telah dikira dan ditentukan melalui nilai skala Phi (ø) bagi mengira pelbagai parameter penentuan sedimen seperti min (M), sisihan piawai (D) dan pencongan (S). Di dalam kajian ini, teknik envirometrik digunakan untuk mengelaskan setiap parameter sedimen yang telah dianalisis. Hasil pengelasan mendapati setiap parameter min, pencongan dan sisihan piawai mempunyai tiga kelas utama yang mendominasi iaitu pasir kasar, pasir sederhana dan pasir halus. Analisis saiz partikel sedimen (M) menunjukkan bahawa, di bahagian tebing kanan kiri dan tengah sungai adalah didominasi pasir bersaiz butiran halus dengan nilai phi 2 ke phi 3. Tahap keseragaman sedimen atau sisihan piawai (D) di kawasan kajian mempunyai butiran pasir yang halus dengan skala keseragaman yang buruk direkodkan iaitu phi 1 ke phi 2. Bagi nilai pencongan (S), saiz sedimen yang terdapat di kawasan kajian adalah bersaiz kasar dan sangat kasar iaitu di antara phi -0.1 ke phi -0.3 dan phi -0.3 ke phi -1. Oleh yang demikian, kawasan Sungai Pahang merupakan kawasan yang mudah mengalami perubahan geomorfologi akibat daripada struktur tanihnya yang bersifat mudah dihakis oleh hujan dan perubahan kadar luahan sungai.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sedimentasi, saiz partikel sedimen, teknik envirometrik, skala phi, Sungai Pahang
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:11
Last Modified: 13 Sep 2022 05:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7578

Actions (login required)

View Item View Item