Strategi Murajaah al-Quran bagi Huffaz di Peringkat Tertiari

Fatimah Zaharah, Ismail and Mohamed Fathy, Mohamed Abdelgelil and Mohd A'tarahim, Mohd Razali (2020) Strategi Murajaah al-Quran bagi Huffaz di Peringkat Tertiari. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3 (4). pp. 184-196. ISSN 2600-9080

[img] Text
FH02-FKI-20-49638.pdf
Restricted to Registered users only

Download (299kB)

Abstract

Pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini melahirkan ramai huffaz lepasan sekolah menengah dan akan memasuki universiti bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari. Di peringkat tertiari, mereka tidak lagi mempunyai pembimbing al-Quran serta bebas untuk menyusun aktiviti harian. Sebagai pelajar pra-siswazah, para huffaz al-Quran akan sibuk dalam hal ehwal akademik, tidak mempunyai persekitaran yang kondusif bagi pengekalan hafazan dan sering berhadapan masalah pengurusan masa. Justeru, timbul persoalan sejauh manakah huffaz di peringkat tertiari ini mampu murajaah alQuran bagi menjaga dan mengekalkan hafazan al-Quran. Sehubungan itu, kertas kerja ini mengenal pasti isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh huffaz di peringkat tertiari serta merumuskan strategi yang perlu dimplementasi dalam usaha mereka mengekalkan hafazan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Kajian dibuat dengan kaedah analisis dokumen, manakala analisis data dilakukan secara bertema. Kertas kerja ini menggariskan lima isu utama yang menjadi permasalahan huffaz dalam mengekalkan hafazan al-Quran. Selain itu, kertas kerja ini turut mencadangkan enam strategi yang menjadi tonggak kepada huffaz di peringkat tertiari untuk komited melakukan murajaah al-Quran. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada pihak berautoriti untuk merangka strategi pembelajaran yang komprehensif bagi memaksimumkan potensi huffaz di peringkat tertiari.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Strategi, Tahfiz, Murajaah, Huffaz, Pengajian Tertiari.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 19 Jun 2022 08:29
Last Modified: 19 Jun 2022 08:29
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7563

Actions (login required)

View Item View Item