PENGENDALIAN DOKUMENTASI ANAK SUSUAN DALAM KALANGAN IBU SUSUAN (HANDLING OF BREASTFEEDING DOCUMENTATION AMONG BREASTFEEDING MOTHERS)

Siti Fatimah, Salleh and Halimatus Saadiah, Mohamad Safir and Hamirah Nursakinah, Mohamad Safir (2020) PENGENDALIAN DOKUMENTASI ANAK SUSUAN DALAM KALANGAN IBU SUSUAN (HANDLING OF BREASTFEEDING DOCUMENTATION AMONG BREASTFEEDING MOTHERS). MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES, 4 (2). pp. 67-77. ISSN 2550-2042

[img] Text
FH02-FKI-20-49582.pdf

Download (264kB)
[img] Text
FH02-FKI-20-49582.pdf
Restricted to Registered users only

Download (264kB)

Abstract

Dokumentasi anak susuan merupakan mekanisma yang perlu diwujudkan pada masa kini. Bayi yang disusui oleh wanita lain dengan memenuhi syarat penyusuan memberi kesan hukum syarak dalam isu munakahat dan ibadat. Penyaksian dan pengakuan merupakan instrumen yang diperkenalkan syarak bagi tujuan pembuktian penyusuan anak susuan. Kontemporari ini, berlaku isu pengambilan susu ibu secara ekspres dan penjualan air susu ibu secara komersial oleh pihak tertentu semakin meningkat. Didapati pengendalian kepada amalan ini belum dipantau oleh pihak berkuasa secara rasmi. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui amalan dokumentasi penyusuan anak susuan dalam kalangan penjaga dan ibu susuan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap kitab-kitab fiqh bagi melihat pandangan ulama terhadap penyusuan dan temubual telah dijalankan kepada ibu susuan serta penjaga anak susuan. Kajian mendapati berlaku kepelbagaian cara dokumentasi anak susuan. Justeru, bagi proses pendokumentasian anak susuan ekoran amalan pengambilan anak susuan yang berlaku pada masa kini, pengurusan dokumentasi anak susuan secara rasmi perlu dilaksanakan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Dokumentasi, Penyusuan, Susu Ibu, Anak Susuan, Ibu Susuan.
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 19 Jun 2022 07:34
Last Modified: 19 Jun 2022 07:34
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7557

Actions (login required)

View Item View Item