Istilah Faraid dalam 114 Surah Al-Quran: Satu Analisis

Kamarul Shukri, Mat Teh and Wan Mohd Al Hafiz, Wan Mustapa (2020) Istilah Faraid dalam 114 Surah Al-Quran: Satu Analisis. Rabbanica – Journal of Revealed Knowledge, 1 (1). pp. 195-212. ISSN 2756-7893

[img] Text
FH02-FKI-20-49467.pdf
Restricted to Registered users only

Download (672kB)

Abstract

Istilah faraid merujuk kepada perkataan-perkataan yang dinyatakan hanya sekali sahaja di dalam al-Quran. Bilangan perkataan tersebut di dalam setiap helaian dan surah al-Quran perlu diperincikan dari pelbagai sudut sebelum difahami lebih lanjut apakah hikmah di sebaliknya. Hal demikian kerana tiada satu pun perkara di dalam al-Quran itu dijadikan sia-sia. Oleh itu, kajian ini mengorak langkah pertama dengan menjalankan analisis terhadap perkataan terbabit berobjektifkan untuk merungkaikan berapakah bilangan sebenar perkataan faraid dan apakah kategorikategorinya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melalui reka bentuk kajian analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hampir 400 patah perkataan faraid daripada 77,934 patah perkataan dalam al-Quran. Jumlah terbabit dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kata nama dan kata kerja. Kesimpulannya, kajian ini merupakan langkah awal sebelum dijalankan kajian lanjut terhadap perkataan faraid tersebut. Kajian ini juga dapat menyumbang kepada proses pengukuhan hafazan al-Quran bagi sesiapa sahaja yang telah atau bakal bergelar Ḥāfiẓ al-Quran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perkataan al-Quran; Faraid; Tunggal
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 13 Jun 2022 03:14
Last Modified: 13 Jun 2022 03:14
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7531

Actions (login required)

View Item View Item