Perbezaan Kaedah Abjadiyyah dalam Hirz Al-Amani dan Nazimah Al-Zuhr oleh Imam Al-Shatibi Al-Muqri

Kamarul Shukri, Mat Teh and Wan Mohd Al Hafiz, Wan Mustapa (2020) Perbezaan Kaedah Abjadiyyah dalam Hirz Al-Amani dan Nazimah Al-Zuhr oleh Imam Al-Shatibi Al-Muqri. Rabbanica – Journal of Revealed Knowledge, 1 (1). pp. 35-48. ISSN 2756-7893

[img] Text
FH02-FKI-20-49466.pdf
Restricted to Registered users only

Download (363kB)

Abstract

Imam al-Shatibi al-Muqri merupakan seorang tokoh agung dalam bidang pengajian al-Quran bahkan terdapat beberapa kitab beliau menjadi rujukan utama umat Islam masa kini. Antara kitab tersebut ialah dua buah kitab dalam dua bidang ilmu yang berbeza iaitu Qiraat dan Fawasil. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan pada manhaj penulisan dua kitab ini khususnya melibatkan kaedah susunan huruf Abjadiyyah. Hal demikian menimbulkan sedikit kekeliruan dalam kalangan penuntut ilmu memandangkan kedua-duanya dikarang oleh pengarang yang sama. Justeru, objektif kajian adalah untuk merungkaikan perbezaan tersebut agar hilang kekeliruan yang wujud. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melalui reka bentuk kajian analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat dua perkara yang menjadi faktor utama terhadap perbezaan kaedah susunan huruf Abjadiyyah di dalam kitab beliau. Justeru, kajian ini mengukuhkan keperluan berguru dalam pembelajaran khasnya yang melibatkan al-Quran dan al-Qiraat di samping membuktikan kepentingan talaqqi dan mushafahah sebagai disiplin pengajian ilmu al-Quran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Imam al-Shatibi; Kaedah Abjadiyyah; Fawasil; Qiraat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 13 Jun 2022 02:38
Last Modified: 13 Jun 2022 02:38
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7528

Actions (login required)

View Item View Item