ULAMA MAJHUL KELANTAN TUAN GURU HAJI WAN ISMAIL @ HARUN BIN ABDUL RAHMAN [KELANTAN’S UNKNOWN ULEMA TUAN GURU HAJI WAN ISMAIL @ HARUN BIN ABDUL RAHMAN]

Abdul Qahhar, Ibrahim and Mohd Borhanuddin, Zakaria and Noorsafuan, Che Noh (2020) ULAMA MAJHUL KELANTAN TUAN GURU HAJI WAN ISMAIL @ HARUN BIN ABDUL RAHMAN [KELANTAN’S UNKNOWN ULEMA TUAN GURU HAJI WAN ISMAIL @ HARUN BIN ABDUL RAHMAN]. Asian Journal of Civilizational Studies, 2 (4). pp. 45-52. ISSN 2682-8022

[img] Text
FH02-FKI-20-48859.pdf
Restricted to Registered users only

Download (279kB)

Abstract

Sememangnya terdapat ramai ulama yang banyak mewarnai perkembangan dakwah dan pendidikan Islam di Tanah Melayu khususnya di seluruh Nusantara. Mereka ini memberikan sumbangan besar kepada aspek pembangunan masyarakat terutamanya pada aspek penyebaran ilmu Islam. Walau bagaimana pun, masih ramai lagi tokoh ulama yang tidak dikenali (Majhul) di lapangan medan dakwah Islamiah di Malaysia namun banyak memberikan kesan signifikan kepada perkembangan Islam suatu masa dahulu. Penulisan artikel adalah bertujuan untuk menonjolkan seorang tokoh ulama yang namanya tercatat dalam buku sejarah ulama di Tanah Melayu, akan tetapi tidak dikenali secara umum. Beliau adalah Tuan Guru Haji Wan Ismail@Harun bin Abdul Rahman yang terdiri dari kalangan lapisan generasi ulama terakhir (bongsu) yang sempat merasai tarbiah tokoh ulama terkenal di Tanah Melayu iaitu Tok Kenali. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan metode temu bual dan penerokaan dokumen-dokumen tertentu yang berkaitan dengan kajian yang ingin dibuat bagi tujuan pengumpulan maklumat yang diingini. Kajian ini juga turut berperanan dalam memberikan sumbangan terhadap penambahan maklumat berkaitan ulama terdahulu pada aspek persejarahan dan sumbangan mereka dalam lapangan ilmu serta kemasyarakatan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Ulama Majhul, Tuan Guru Haji Wan Ismail dan Sejarah
Subjects: A General Works > AZ History of Scholarship The Humanities
D History General and Old World > D History (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 09 Jun 2022 03:55
Last Modified: 09 Jun 2022 03:55
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7494

Actions (login required)

View Item View Item