Penilaian semula stesen rujukan takwim Hijri Malaysia [Review of Hijri Malaysia calendar reference station]

Baharrudin, Zainal and Mohd Jais Anuar, Ahmad (2020) Penilaian semula stesen rujukan takwim Hijri Malaysia [Review of Hijri Malaysia calendar reference station]. Asian Journal of Civilizational Studies, 2 (2). pp. 34-47. ISSN 2682-8022

[img] Text
FH02-INSPIRE-20-48767.pdf
Restricted to Registered users only

Download (601kB)

Abstract

Takwim Hijri di Malaysia disusun berdasarkan kaedah rukyah dan hisab dengan penentuan tarikh awal Bulan menggunakan laporan kenampakan Anak Bulan atau penggunaan syarat imkanur rukyah. Antara elemen penting dalam pengaplikasian kaedah ini, Anak Bulan perlu kelihatan di mana-mana stesen cerapan di Malaysia atau parameter Anak Bulan telah memenuhi syarat imkanur rukyah di stesen rujukan takwim Hijri di Tanjung Chincin, Pulau Langkawi. Walau bagaimanapun penggunaan stesen rujukan ini boleh menimbulkan masalah jika kewujudan Anak Bulan berlaku di antara stesen rujukan dan Malaysia timur. Situasi ini mengwujudkan sifat Anak Bulan yang berbeza bagi Malaysia walaupun tarikh awal Bulannya sama. Terdapat pilihan menjadikan lokasi timur Malaysia sebagai stesen rujukan takwim berdasarkan justifikasi Anak Bulan yang wujud dan memenuhi syarat imkanur rukyah di timur menyebabkan kawasan sebelah barat juga dipenuhi. Kajian ini akan menerbitkan maklumat parameter kenampakan Anak Bulan yang terdiri daripada ketinggian, jarak elongasi serta umur Bulan selama 3 tahun bersamaan 36 lunasi. Maklumat ini akan digunakan untuk membuat justifikasi kesannya terhadap kenampakan Anak Bulan di stesen timur dan barat. Selain itu, perbandingan data parameter bagi bulan Hijri tertentu akan dipaparkan dalam bentuk grafik peta. Satu garisan lurus yang memenuhi syarat kenampakan Anak Bulan ditambah pada peta ini. Paparan ini telah menunjukkan kesan penggunaan stesen rujukan di timur lebih padan dengan justifikasi syarak, rasional saintifik dan konsep takwim awal Bulan Hijri MABIMS.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Takwim Hijri, Matlak, Imkanur Rukyah, Stesen rujukan
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QB Astronomy
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 08 Jun 2022 07:23
Last Modified: 08 Jun 2022 07:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7485

Actions (login required)

View Item View Item