FENOMENA PERNIAGAAN TEROKA BAHARU WANITA: JUSTIFIKASI LITERATUR TERHADAP PROSES PEMBINAAN TEORI KEUSAHAWANAN WANITA

Ahmad Firdause, Md Fadzil and Rosfatihah, Che Mat and Nurul Amira, Omar (2021) FENOMENA PERNIAGAAN TEROKA BAHARU WANITA: JUSTIFIKASI LITERATUR TERHADAP PROSES PEMBINAAN TEORI KEUSAHAWANAN WANITA. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 9 (2). pp. 60-77. ISSN 2716-6430

[img] Text
FH02-FPP-21-56544.pdf
Restricted to Registered users only

Download (446kB)

Abstract

Fenomena kemunculan perniagaan teroka baharu oleh wanita bukanlah topik baru jika disusuri dari susur galur sorotan kajian lepas. Ramai penyelidik lepas melihat pelbagai perspektif yang berbezabeza mengikut cabang disiplin masing-masing sepertimana ekonomi, pengurusan, psikologi, sosiologi dan lain-lain lagi. Namun ironinya, perbincangan berkaitan proses pembinaan teori keusahawanan wanita dikatakan masih bersifat pramatang. Kajian konseptual ini telah menggunakan kaedah kajian perpustakaan terhadap 95 artikel terpilih bersangkutan fenomena keusahawanan wanita dalam proses penciptaan teroka baharu yang terdiri daripada beberapa jurnal utama bidang keusahawanan wanita. Hasil kajian literatur ini mendapati, penglibatan usahawan wanita melalui perniagaan teroka baharu terbukti memberi impak positif dari sudut peningkatan peluang pekerjaan serta memperkembangkan inovasi produk baru dalam sesebuah negara. Kesinambungannya, kajian ini bertujuan untuk mendalami berkenaan fenomena keusahawanan wanita terutama berkenaan proses penciptaan teroka baharu memandangkan disiplin ini masih lagi bersifat pramatang terutama dalam proses pembangunan teori. Bersandarkan kepada teori Gartner, 1985, penyelidik memberi huraian yang jelas bagi menerangkan bagaimana keusahawanan wanita yang berlaku boleh dikaitkan dengan empat perspektif berbeza iaitu individu, persekitaran, organisasi yang ditubuhkan dan juga proses keusahawanan yang berlaku. Hasil huraian ini memberi gambaran dan sudut pandang yang khusus kepada usahawan wanita untuk memfokuskan kepada sisi yang memberi impak baik kepada perkembangan perniagaan teroka baru mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Keusahawanan, Keusahawanan Wanita, Proses Penciptaan Teroka Baharu, Psikologi, Sosiologi.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Zawari Zainon
Date Deposited: 08 Jun 2022 06:39
Last Modified: 08 Jun 2022 06:39
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7480

Actions (login required)

View Item View Item