Siti Khatijah, Ismail and Hannan Fatini, Md Reshad (2020) Analisis sorotan literatur bagi kajian darah wanita. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 21 (1). pp. 227-234. ISSN 2289-6325
Text
FH02-FKI-20-48495.pdf Restricted to Registered users only Download (347kB) |
Abstract
Artikel ini bertujuan menyorot penentuan kiraan haid menurut syarak. Haid merupakan fitrah yang dicipta oleh Allah SWT ke atas wanita. Secara umumnya, setiap wanita mengalami kitaran haid tersendiri yang boleh menggambarkan tahap kesihatan mereka. Meskipun begitu, terdapat wanita yang masih keliru dan kurang jelas tentang haid mereka apabila kitaran haid yang tidak teratur berlaku. Hal ini turut membawa kepada kekeliruan dalam penentuan hukum sesetengah ibadat apabila kitaran menstruasi berlaku secara tidak normal. Oleh itu, artikel ini bertujuan menyorot kajian-kajian lepas berkaitan dengan darah wanita. Kajian ini bersifat kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan yang menyorot kajian-kajian lepas berkaitan darah wanita. Hasil sorotan mendapati bahawa, kebanyakan kajian yang dilakukan oleh ulama silam mahupun kontemporari menyentuh berkaitan darah wanita. Berdasarkan literatur yang dijalankan mendapati cara perkiraan yang sistematik masih kurang dijalankan dan tahap kefahaman masyarakat terhadap perkiraan masih keliru. Justeru, kaedah perkiraan yang betul sangat penting dalam membantu wanita dalam menentukan haid.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Haid, Istihadah. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 08 Jun 2022 01:50 |
Last Modified: | 08 Jun 2022 01:50 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7474 |
Actions (login required)
View Item |