Nurazan, Mohmad Rouyan and Mohd Zaki, Ismail and Kaseh, Abu Bakar (2016) Strategies for learning Arabic vocabulary with affixes. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13. pp. 113-133. ISSN 16758110
Image
FH02-FBK-16-06114.jpg Restricted to Registered users only Download (170kB) | Request a copy |
|
Image
FH02-FBK-16-06952.jpg Restricted to Registered users only Download (154kB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan – Kajian ini bertujuan `untuk meneroka bentuk strategi yang digunakan oleh pelajar Melayu ketika mempelajari kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Metodologi – Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan protokol berfikir lantang, pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pungutan data. Kerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan teori strategi pembelajaran bahasa (SPB) dan strategi pembelajaran kosa kata (SPKK). Seramai 17 pelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah dipilih sebagai peserta kajian ini. Mereka diberi tugasan mempelajari 13 kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Data protokol berfikir lantang dan temu bual dianalisis untuk mencari tema dan diberi kod. Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran kosa kata ketika belajar kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Namun tahap penggunaan strategi dalam kalangan peserta adalah rendah. Kepentingan – Satu implikasi utama dari kesimpulan ialah pelajar mesti diajar dan didedahkan dengan strategi pembelajaran kosa kata berimbuhan. Mereka mesti dibimbing dan dilatih untuk memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kosa kata secara berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | strategi pembelajaran kosa kata, kosa kata berimbuhan, bahasa Arab |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Syahmi Manaf |
Date Deposited: | 13 Sep 2022 05:38 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 05:38 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7470 |
Actions (login required)
View Item |