Tinjauan pemikiran tauhid Tok Ku Paloh dalam kitab Ma’arij Al-Lahfan [A review of Tok Ku Paloh’s tauhid thought in Ma’arij Al-Lahfan]

Ahmad Zamani, Nawi and Mohd Firdaus, Jusoh and Mohd Mustaffami, Imas and Abdul Manam, Mohamad (2020) Tinjauan pemikiran tauhid Tok Ku Paloh dalam kitab Ma’arij Al-Lahfan [A review of Tok Ku Paloh’s tauhid thought in Ma’arij Al-Lahfan]. Asian Journal of Civilizational Studies, 2 (3). pp. 18-30. ISSN 2682-8022

[img] Text
FH02-PPT-20-47064.pdf
Restricted to Registered users only

Download (390kB)

Abstract

Tok Ku Paloh merupakan salah seorang ulama Terengganu yang terkenal, dan beliau telah menghasilkan beberapa karya, antaranya kitab Maarij al-Lahfan yang membahaskan persoalan tasawuf. Antara aspek yang dibahaskan dalam karya tersebut ialah mengenai persoalan tauhid. Huraian tauhid yang dikemukakan oleh beliau agak berlainan daripada apa yang didapati dalam banyak kitab tauhid. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk memahami dan menilai pemikiran beliau mengenai persoalan tauhid yang dimuatkan dalam kitab tersebut. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang berbentuk dokumentasi. Data dikumpulkan daripada karya Tok Ku Paloh, kitab Ma’arij al-Lahfan, dan juga karya-karya ulama yang membahaskan persoalan berkaitan. Kajian ini mendapati bahawa perbahasan mengenai persoalan tauhid yang dikemukakan oleh Tok Ku Paloh merupakan tauhid yang bercorak tasawuf di mana ia selaras dengan apa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tasawuf.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tok Ku Paloh, tauhid, kitab Ma’arij al-Lahfan.
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CT Biography
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z004 Books. Writing. Paleography
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 05 Jun 2022 01:53
Last Modified: 05 Jun 2022 01:53
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7424

Actions (login required)

View Item View Item