Isu Kebolehbacaan Teks Bahasa Arab Di Malaysia Keperluan Dan Pengukuran

Zulazhan, Ab. Halim and Mohd Hazli, Y. and Mohd Ala-uddin, O. and Shuhaida Hanim, Mohamad Suhane and Abdul Wahid, S. (2016) Isu Kebolehbacaan Teks Bahasa Arab Di Malaysia Keperluan Dan Pengukuran. In: Workshop on High Impact Journal Writing and Publishing 2016, 01-02 March 2016, UniSZA.

[img] Image
FH03-FBK-17-09170.jpg
Restricted to Registered users only

Download (146kB)

Abstract

Kebolehbacaan ialah tahap sesuatu bahan bacaan sama ada sukar atau senang yang boleh mempengaruhi kefahaman pembaca. Perbincangan kerta kerja ini memberikan penumpuan kepada dua isu utama yang berkait dengan kebolehbacaan, iaitu keperluan mengenal pasti tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab yang digunakan sebagai bahan bacaan dalam kelas dan penggunaan instrumen untuk menentukan tahap kebolehbacaan tersebut. Sesuatu teks bacaan yang dipilih sebagai bahan pengajaran perlulah berada pada tahap yang sepadan dengan tahap kebolehan membaca pelajar. Hal ini merupakan satu keperluan kerana bahan bacaan yang sukar, jika diberikan kepada pelajar, akan merosakkan proses pembelajaran. Dalam konteks pengukuran tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab pula, mutakhir ini beberapa formula kebolehbacaan bahasa Arab telah dicipta. Kewujudan formula-formula ini telah memberi nafas baru kepada kajian kebolehbacaan bahasa Arab kerana sebelum ini, penggunaan ujian kloz dan ujian kefahaman adalah antara alat ukur terbaik yang menjadi pilihan pengkaji.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z004 Books. Writing. Paleography
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 27 Oct 2020 02:32
Last Modified: 24 Nov 2020 08:20
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/738

Actions (login required)

View Item View Item