Penilaian analisis keperluan kepada penggunaan bahasa isyarat bagi orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pendengaran

Mohd Khairul Amri, Kamarudin and Mohd Syaiful Nizam, Abu Hassan and Fuad, Mat Jali (2020) Penilaian analisis keperluan kepada penggunaan bahasa isyarat bagi orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pendengaran. Akademika, 90 (1). pp. 51-61. ISSN 0126-5008

[img] Text
FH02-FSSG-20-46273.pdf
Restricted to Registered users only

Download (349kB)

Abstract

Bahasa isyarat menjadi bahasa komunikasi utama Orang Kurang Upaya (OKU) kategori kurang pendengaran bagi berurusan dengan manusia normal. Walaupun ramai manusia normal ingin berkomunikasi dengan OKU kurang pendengaran, namun disebabkan kurang kemahiran dalam berbahasa isyarat menyukarkan mereka untuk berkongsi maklumat diantara satu sama lain. OKU kurang pendengaran perlu membuat temu janji terlebih dahulu dengan Jurubahasa Isyarat (JBI) apabila ingin menggunakan perkhidmatan penterjemah. Jika di sektor pejabat awam pula, kebiasannya amat sukar bagi golongan ini untuk berkomunikasi, apatah lagi apabila melibatkan urusan rasmi dan kebajikan. Di luar negara, urusan seperti pentadbiran, keagamaan dan papan tanda di jalan raya telah mengadaptasi bahasa isyarat untuk memudahkan OKU kurang pendengaran. Justeru itu, kajian awal ini akan mengenalpasti tahap keperluan dan penggunaan bahasa isyarat di Terengganu agar permasaalahan OKU kurang pendengaran dapat diatasi. Kaedah analisis regrasi digunakan bagi mengetahui kekuatan hubungan diantara keperluan dengan penggunaan di dalam kajian ini. Seramai sembilan belas responden yang terdiri daripada ahli Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) telah dipilih bagi menguji instrument kajian. Hasil kajian menunjukkan, hubungan dari kedua-dua pembolehubah iaitu keperluan dengan penggunaan adalah signifikan dengan nilai R² 0.624 (62.4%). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif diantara keperluan dengan penggunaan bahasa isyarat bagi kalangan OKU kurang pendengaran. Kesimpulannya, hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan utama bagi pihak berkepentingan dalam mengaplikasikan dan mempertingkatkan lagi keperluan dan penggunaan bahasa isyarat, agar ianya bukan sahaja diketahui oleh golongan OKU kurang pendengaran tetapi juga manusia normal. Hal ini penting bagi memudahkan komunikasi OKU dalam melengkapkan kefungsian sosial mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Analisis keperluan; penggunaan, bahasa isyarat malaysia (bim); orang kurang upaya (oku) kategori kurang pendengaran; regrasi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 31 May 2022 08:24
Last Modified: 31 May 2022 08:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7378

Actions (login required)

View Item View Item