Rahimah, Embong (2020) Perkembangan Pendidikan Islam di Nusantara: Malaysia dan Indonesia. Jurnal Tamaddun, 21 (1). pp. 135-143. ISSN 1693-3941
Text
FH02-FKI-20-45772.pdf Restricted to Registered users only Download (94kB) |
|
Text
FH02-FKI-20-45773.pdf Restricted to Registered users only Download (207kB) |
Abstract
Penjajahan Barat telah banyak mempengaruhi pendidikan Islam di kebanyakan negara Islam di dunia. Modenisasi dan sekularisme adalah dua nilai barat yang membawa perubahan kepada model asas, konsep, dan prinsip pendidikan Islam. Makalah ini bertujuan untuk meneroka perkembangan pendidikan Islam dalam menghadapi kedua-dua nilai tersebut, bermula dari kemunculan Islam sehingga masa kini di Nusantara, dengan berfokus hanya kepada Malaysia dan Indonesia. Kajian ini mendapati perkembangan pendidikan bagi umat Islam di Malaysia dan Indonesia telah menunjukkan perubahan yang progesif serta penerapan nilai-nilai modenisasi dan sekularisme dalam sistem pendidikan sehingga terwujudnya dualisme. Walau bagaimanapun, kedua-dua aliran pendidikan (agama dan sekular) masih kekal terpisah di kebanyakan negara Islam sehingga kini. Justeru, perlunya kepada perancangan dan perlaksanaan kurikulum bersepadu yang bersifat Islamik yang sebenar. Usaha penyepaduan kurikulum dalam sistem pendidikan Islam bukan tugas yang mudah kerana memerlukan komitmen dan usahasama daripada pelbagai pihak.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pondok pesantren, nusantara, pendidikan Islam |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 30 May 2022 08:07 |
Last Modified: | 30 May 2022 08:07 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7356 |
Actions (login required)
View Item |