Bentuk halangan keluarga dalam membantu pemulihan penagih opiat di Negeri Terengganu

Farah Syazrah, Mohd Ghazalli and Norizan, Abdul Ghani and Berhanundin, Abdullah and Wan Mohd Yusof, Wan Chik (2020) Bentuk halangan keluarga dalam membantu pemulihan penagih opiat di Negeri Terengganu. Asian Journal of Civilization Studies, 2 (2). pp. 1-16. ISSN 2682-8022

[img] Text
FH02-PPT-20-45645.pdf
Restricted to Registered users only

Download (338kB)

Abstract

Proses pemulihan ketagihan dadah termasuk opiat adalah proses yang berlaku sepanjang hayat. Pemulihan ini tidak berlaku dalam pembersihan fizikal, tetapi memerlukan motivasi diri penagih yang kuat. Keluarga bertindak sebagai sumber sokongan yang membekalkan pelbagai aspek bantuan. Namun, seiring proses yang panjang, keluarga berhadapan dengan halangan untuk kekal bersama-sama dengan pemulihan penagih. Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti bentuk halangan yang dihadapi oleh keluarga penagih opiat di negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah campuran (mixed method) dengan menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual berkumpulan (Focus Group Discussion) melibatkan 10 buah keluarga di Terengganu dan soal selidik ke atas 177 orang ahli keluarga kepada penagih opiat di Negeri Terengganu. Data kualitatif dianalisis menggunakan perisian NVIVO untuk mendapatkan tema jawapan sementara data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis deskriptif perisian SPSS. Dapatan menunjukkan responden berhadapan dengan halangan pengetahuan, diikuti emosi, interaksi dan stigma di tahap sederhana manakala halangan peminggiran berada di tahap rendah. Halangan ini dibincangkan dan dijelaskan menerusi dapatan temu bual. Kesukaran yang dihadapi oleh keluarga menjadi halangan kepada kesungguhan usaha membantu penagih untuk meninggalkan ketagihan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Halangan Sokongan, Pemulihan Dadah, Ketagihan Opiat, Sokongan Keluarga
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 30 May 2022 07:38
Last Modified: 30 May 2022 07:38
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7354

Actions (login required)

View Item View Item