Implementasi fiqh aghlabiyyah dan kepentingannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia

Mohd Sufian, Moktar and Ahmad Faizol, Ismail and Mohamad Zaidin, Mat@Mohamad and Wan Mohd Yusof, Wan Chik (2020) Implementasi fiqh aghlabiyyah dan kepentingannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Asian Journal of Civilizational Studies, 2 (2). pp. 48-61. ISSN 2682-8022

[img] Text
FH02-PPT-20-45643.pdf
Restricted to Registered users only

Download (377kB)

Abstract

Fiqh Aqalliyat (minoriti) adalah salah satu pendekatan fiqh terkini yang dikemukakan dalam menangani isu-isu minoriti Muslim. Ia merujuk kepada keperluan realiti masyarakat minoriti Muslim untuk berinteraksi dengan masyarakat majoriti non Muslim di sesebuah negara secara harmoni. Malangnya dalam beberapa keadaan pendekatan ini cuba digeneralisasikan pelaksanaannya di negara bermajoriti Muslim. Hal ini adalah tidak sesuai dengan perkiraan kesetempatan hukum dan perkiraan aspek demografi dalam fiqh kenegaraan Islam. Justeru kertas ini cuba membuat tinjauan awal terhadap gagasan Fiqh Aghlabiyyah dan kepentingannya dalam konteks negara majmuk seperti di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan melibatkan kajian dokumentasi sepenuhnya. Fakta-fakta akan dianalisis secara kritis melalui kaedah induktif, deduktif, dan historikal demi mencetuskan idea, konsep terasas dan kepentingan Fiqh Aghlabiyyah. Kajian mendapati Fiqh Aghlabiyyah ini adalah satu bentuk kerangka pemikiran fiqh yang perlu digagaskan dalam konteks negara berpenduduk majoriti Muslim masa kini dalam menguruskan sesebuah negara majmuk. Asasnya boleh dikesan dalam lipatan sirah nabawiyah, perbahasan ilmu Usul Fiqh serta Fiqh Kenegaraan Islam. Implementasi konsep Fiqh Aghlabiyyah ini, dilihat mampu memandu pihak kerajaan, para pemimpin, badan fatwa dan pihak berkuasa agama dalam usaha mengekalkan serta mengukuhkan kestabilan, integrasi nasional dan perpaduan kaum, keadilan dan risalah Islam sesebuah negara yang penduduknya adalah majoriti Muslim.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Fiqh Kenegaraan, Majoriti, Minoriti, Kestabilan, Masyarakat Majmuk
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 30 May 2022 07:31
Last Modified: 30 May 2022 07:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7353

Actions (login required)

View Item View Item