Noor Eliza, A.R. and Zulazhan, A.H. (2016) Sinonim dalam Bahasa Melayu dan Arab: Satu Kajian Perbandingan dari Aspek Definisi dan Kepentingan. In: Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab kepada Penutur Bukan Arab (IConTALL 2016), 30 October 2016, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri.
Image
FH03-FKI-17-09249.jpg Restricted to Registered users only Download (174kB) |
Abstract
Kajian ini membicarakan fenomena sinonim dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan menumpukan kepada definisi dan kepentingan kata sinonim dalam kedua-dua bahasa. Di samping membincangkan definisi dan kepentingan kata sinonim secara umuum, kajian ini juga bertujuan melihat aspek-aspek perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kedua-dua bahasa dari sudut pentakrifan atau penentuan definisi sinonim oleh tokoh-tokoh linguistik Melayu dan Arab dan keperluan kedua-dua bangsa dan bahasa terhadap kata sinonim. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan berbentuk deskriptif yang menggunakan analisis kontrastif. Dapatan kaJian ini menunjukkan dari sudut definisi, bahasa Melayu dan Arab berbeza dalam memilih kata dasar bagi sinonim namun kedua-dua bahasa meletakkan aspek 'persamaan makna umum' sebagai titik pengiktirafan antara dua perkataan yang bersinonim. Dari sudut kepentingan sinonim pula, ternyata faedah atau kepentingan sinonim dalam bahasa Melayu dan Arab tidak jauh berbeza. Namun dalam bahasa Arab keperluan terhadap kata sinonim kelihatan lebih ketara dalam bidang sastera khususnya dalam pembentukan puisi yang menekankan aspek qafiah dan tafilah. Manakala kepentingan kata sinonim dalam bahasa Melayu pula lebih ketara dalam menjaga adab dan kesantunan dalam berbicara.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 27 Oct 2020 01:47 |
Last Modified: | 27 Oct 2020 01:47 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/727 |
Actions (login required)
View Item |