Prosedur Reka Bentuk Kualitatif: Perbandingan antara Kajian Kes dan Penjanaan Teori

Siti Hajar, A.R. (2016) Prosedur Reka Bentuk Kualitatif: Perbandingan antara Kajian Kes dan Penjanaan Teori. In: INTERNATIONAL SOCIAL SCIENCES AND TOURISM RESEARCH CONFERENCE, 22-24 April 2016, UniSZA.

[img] Image
FH03-FSSG-17-09265.jpg
Restricted to Registered users only

Download (325kB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan persamaan dan perbezaan prosedur kajian dalam dua jenis reka bentuk kajian kualitatif; kajian kes dan penjanaan teori (grounded theory). Bukti empirikal adalah berasaskan kepada dua kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji di dua buah institusi kanak-kanak di Malaysia. Pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian pelaksanaan program pemulihan teraputik untuk remaja perempuan hamil luar nikah di salah sebuah institusi pemulihan dan perlindungan awam di Kuala Lumpur. Manakala, pendekatan penjanaan teori pula telah digunakan di dalam kajian pemetaan jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak di salah sebuah Sekolah Diluluskan (Approved School) di Terengganu. Memandangkan metodologi kajian memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah kajian, maka dalam kertas kerja ini pengkaji membuat analisis dan perbandingan secara terperinci mengenai populasi dan pemilihan sampel kajian, teknik persampelan, teknik pengumpulan data, protokol temu bual dan teknik analisis data yang digunakan bagi kedua-dua kajian. Terdapat beberapa perbezaan yang wujud dia antara reka bentuk kajian kes dan reka bentuk penjanaan teori, terutamanya dari aspek pemilihan sampel, teknik persampelan dan teknik analisis data yang digunakan dalam kedua-dua kajian. Setiap persamaan dan perbezaan yang wujud dari aspek metodologi bagi kedua-dua kajian ini dibincangkan secara terperinci di dalam kertas kerja ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 27 Oct 2020 01:06
Last Modified: 27 Oct 2020 01:06
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/717

Actions (login required)

View Item View Item