Institusi tarekat tasawuf dalam pemantapan spiritual insan

Mohd Hasrul, Shuhari and Wan Hishamudin, Wan Jusoh and Wan Saleha, Wan Sayed (2020) Institusi tarekat tasawuf dalam pemantapan spiritual insan. Malaysian Journal for Islamic Studies, 4 (2). pp. 55-66. ISSN 2550-2042

[img] Text
FH02-FKI-20-41213.pdf
Restricted to Registered users only

Download (284kB)

Abstract

Tasawuf merupakan salah satu disiplin ilmu daripada tiga komponen asas ilmu Islam di samping ilmu tauhid dan fikah. Ia adalah bidang ilmu yang membicarakan berkenaan kaedah pembersihan dan penyucian rohani seseorang individu Muslim daripada sifat mazmumah (al-takhalli) dan kaedah menghiasi diri dengan sifat mahmudah (al-tahalli) dalam usaha untuk sampai kepada keredaan Allah. Ia memerlukan kepada tunjuk ajar dan sokongan daripada individu yang berkelayakan lantaran dalam proses untuk mencapai kejayaan, sudah pasti akan terbentang pelbagai halangan dan rintangan dalaman mahupun luaran yang tidak mudah untuk diharungi tanpa bimbingan. Dengan demikian, tarekat tasawuf merupakan sebuah institusi yang mengandungi pengamalan dan penghayatan tasawuf yang sebenar melalui pimpinan syaikh mursyid. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan konsep tarekat tasawuf kepada masyarakat dengan tumpuan utamanya untuk menganalisis pendekatan tarekat yang difokuskan kepada peranannya dalam pemantapan spiritual insan. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif. Metode pengumpulan data yang digunakan ialah metode dokumentasi dengan merujuk kepada sumber-sumber sekunder. Dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa institusi tarekat tasawuf merupakan satu pendekatan yang efektif dalam memantapkan spiritual individu melalui pendekatan syaikh mursyid dalam membimbing para salik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sufi Order; Mursyid; Purification of Soul; Spiritual Empowerment
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 21 Apr 2022 01:22
Last Modified: 24 Apr 2022 01:19
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7109

Actions (login required)

View Item View Item