Siti Fatimah, Salleh and Nadhirah, Nordin and Siti Khadijah, Ismail (2020) Analisis pendidikan darah wanita dalam kurikulum rendah dan menengah di Malaysia. TAMADDUN (Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan), 21 (1). pp. 145-160. ISSN 16933941
Text
FH02-FKI-20-40925.pdf Restricted to Registered users only Download (253kB) |
|
Image
FH02-FKI-20-40926.jpg Restricted to Registered users only Download (150kB) |
|
Image
FH02-FKI-20-40927.jpg Restricted to Registered users only Download (168kB) |
Abstract
Pendidikan darah wanita merupakan korpus ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap muslim lelaki dan perempuan. Ulama silam telah memperakui kesukaran menguasai ilmu tentang darah wanita. Rentetan itu, berlaku pengamalan bervariasi yang menyebabkan berlaku silap faham masyarakat terhadap kaedah penentuan darah wanita. Hal ini menuntut kepada satu analisis tentang pendidikan darah wanita dalam kurikulum pendidikan Islam rendah dan menengah, ia menjadi objektif utama kepada kertas kerja ini dan mengenalpasti ilmu asas darah wanita yang perlu diutamakan sebagai pendidikan awal darah wanita kepada pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menganalisis kandungan buku teks pendidikan Islam rendah dan menengah, teks kelasik dalam bidang fiqh, tafsir, hadis dan bahasa. Selain itu, kaedah pemerhatian kefahaman peserta kelas belia dan dewasa, bagi kelas pengajian darah wanita berasaskan soalan yang diajukan oleh peserta tentang status darah wanita. Kajian mendapati, silibus berkaitan pendidikan ilmu darah wanita dalam kurikulum pendidikan Islam samaada di peringkat rendah atau menengah di Malaysia hanya terbatas kepada konotasi sahaja iaitu haid, nifas, istihadhah dan wiladah. Tiada perbincangan hukum secara khusus kecuali disebut secara tidak langsung dalam topik perbincangan puasa dan mandi. Pembelajaran secara tidak berfokus memberi implikasi kepada tahap pemahaman dan usia pelajar mempelajari tentang hukum hakam darah wanita yang bervariasi ekoran tiada keselarasan skop dan tempoh pembelajaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | analisis pendidikan, darah wanita, kurikuulum rendah dan menengah |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 20 Apr 2022 03:13 |
Last Modified: | 20 Apr 2022 03:13 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7094 |
Actions (login required)
View Item |