Zurita, Mohd.Yusoff and Nadhirah, Nordin and Mohd Ridzuan, Mohamad (2020) Pembangunan hotel wakaf Terengganu (Grand Puteri Hotel) dan sumbangannya terhadap masyarakat setempat. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3 (2). pp. 44-55. ISSN 2600-9080
Text
FH02-INSPIRE-20-40631.pdf Restricted to Registered users only Download (353kB) |
Abstract
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir segala berkaitan mengenai kedudukan wakaf di negeri ini. Salah satu pengurusan yang terlibat adalah membangun dan memajukan tanah-tanah wakaf dari pelbagai aspek, sama ada pembangunan keagamaan, komersial dan sebagainya. Sumber peruntukan merupakan salah satu perkara penting untuk memaju dan membangun bagi setiap manamana tanah wakaf. Terdapat beberapa projek pembangunan wakaf di bawah peruntukan persekutuan iaitu RMK-Ke 9 dan Ke 10. Di bawah peruntukkan ini, kos perbelanjaan tertinggi adalah pembinaan projek hotel wakaf (Grand Puteri Hotel) berbanding dengan projek wakaf yang lain. Permasalahan yang wujud terhadap pembinaan hotel tersebut iaitu terdapat di kalangan masyarakat terutamanya para penerima bantuan zakat mempersalahkan pihak MAIDAM kerana bangunan tersebut dibina daripada peruntukan wang zakat. Objektif kajian ini menjelaskan kedudukan sebenar pembinaan hotel wakaf dan apakah sumbangan manfaat kepada masyarakat setempat di negeri ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu memperolehi data-data kajian daripada pihak MAIDAM serta turut dijalankan proses temu bual terhadap beberapa pegawai di jabatan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa bangunan hotel wakaf dibina bukan daripada wang zakat, peruntukan sebenar adalah daripada dana Kerajaan Persekutuan melalui saluran pihak Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR). Kos pembinaan bangunan tersebut adalah sebanyak 41.68 Juta dan siap sepenuhnya pada 8 April 2013. Hasil manfaat daripada bangunan ini diagihkan dalam bentuk skim bantuan wakaf. Kajian ini juga mendapati penerima yang tertinggi daripada agihan manfaat wakaf adalah bagi daerah Kuala Terengganu sebanyak 42.7%. Manakala jenis bantuan pula yang tertinggi adalah aspek sosial melalui skim bantuan Bencana Alam sebanyak 34.5%. Justifikasi saluran manfaat kepada masyarakat setempat adalah signifikan kerana para penerima yang ramai adalah di dalam daerah Kuala Terengganu. Ini mengambil kira hotel wakaf adalah berada dalam daerah yang sama. Rumusannya, hartanah wakaf adalah penting dibangunkan, secara tidak langsung hasil manfaat akan diterima oleh pihak masyarakat walaupun dalam bentuk sekala yang lebih kecil berbanding agihan yang lain seperti bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan zakat dan sebagainya.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pembangunan Wakaf, Grand Puteri Hotel, MAIDAM, JAWHAR dan YWM |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 20 Apr 2022 01:13 |
Last Modified: | 24 Apr 2022 01:42 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7079 |
Actions (login required)
View Item |