Pemikiran kritis Islam: analisis terhadap istilah-istilah berkaitan dalam al-Quran

Abdul Manam, Mohamad and Noraini, Junoh (2020) Pemikiran kritis Islam: analisis terhadap istilah-istilah berkaitan dalam al-Quran. Journal of Muwafaqat, 3 (1). pp. 130-149. ISSN 2600-8939

[img] Text
FH02-PPT-20-39504.pdf
Restricted to Registered users only

Download (250kB)

Abstract

Bidang pemikiran kritis bukanlah suatu bidang yang asing dalam pemikiran Islam dan sifatnya yang sejagat turut berkait dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep pemikiran kritis Islam dan menganalisis istilah-istilah berkaitan yang digunakan dalam al-Quran. Kaedah kepustakaan berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan dan penganalisisan data. Data kajian diperoleh daripada karya-karya utama ahli falsafah, ahli psikologi dan saintis Islam khususnya yang banyak terlibat dengan kajian bidang kognitif. Kerangka konseptual dibentuk dan dimantapkan menggunakan kaedah analisis tekstual deskriptif. Daripada analisis dokumen tersebut, konsep pemikiran kritis Islam dan istilah-istilah berkaitan dalam al-Quran dihurai secara terperinci agar dapat difahami dengan sebaiknya tentang pemikiran kritis, khususnya yang bersumberkan al-Quran. Hasil kajian mendapati, konsep pemikiran kritis Islam bukanlah berasaskan aktiviti minda secara mudah semata-mata tetapi berfikir kritis adalah usaha menganalisis (tafqih), menyelidiki dan mengkaji (ta‘qil), merenung (tafakkur), memahami (tafahhum), merumus (tadhakkur) dan menilai (tadabbur) alam ini secara mendalam dan menyeluruh. Aktiviti minda ini menjadi asas kepada hubungan antara manusia dengan Tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk lain.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pemikiran Kritis Islam, Istilah-istilah, al-Quran, Tafqih, Tafakkur, Tafahhum, Ta‘qil, Tadabbur, Tadhakkur
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 13 Apr 2022 04:52
Last Modified: 13 Apr 2022 04:52
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6986

Actions (login required)

View Item View Item