Kelestarian pertanian dalam Islam [Sustainability of agriculture in Islam]

Mohd Borhanuddin, Zakaria and Noorsafuan, Che Noh and Juairiah, Hasan (2020) Kelestarian pertanian dalam Islam [Sustainability of agriculture in Islam]. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 3 (2). pp. 1-11. ISSN 2637-0271

[img] Text
FH02-FKI-20-37865.pdf
Restricted to Registered users only

Download (676kB)

Abstract

Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 merupakan satu transformasi Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti makanan negara. Dasar ini merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia menggalakkan industri pertanian di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengkaji berkaitan kelestarian pertanian dalam Islam. Kelestarian yang dimaksudkan di sini adalah pertanian yang tidak ada kemudaratan, mencegah segala pembaziran, mengutama yang penting dalam agama, mengelak segala penyelewengan dan kemusnahan alam sekitar dan pengekalan alam sekitar. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan, kitab-kitab dan data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif iaitu menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen . Hasil kajian mendapati bahawa konsep al-falah harus ditekankan, memakmurkan tanah pertanian serta menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian ini mencadangkan pembangunan pertanian perlu diutamakan ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian. Dasar Agro Makanan Negara diharapkan agar memainkan peranannya dalam menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian dan pembangunan petani selaras dengan pembangunan Islam secara syumul.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kelestarian, Pertanian Islam, Dasar Agro Makanan Negara.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 10 Apr 2022 01:11
Last Modified: 24 Apr 2022 03:55
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6869

Actions (login required)

View Item View Item