Penjajahan British Dan Reaksi Di Johor

Hanif, Md Lateh @ Junid and Izziah Suryani, Mat Resad @ Arshad (2016) Penjajahan British Dan Reaksi Di Johor. In: SEMINAR ISLAM DAN KELESTARIAN UMMAH PERINGKAT SERANTAU, 11 October 2016, PUSAT ISLAM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

[img] Text
FH03-FKI-17-09283.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Perjuangan atau penentangan British di Johor yang tidak diuar-uarkan menjadi asas pada kertas kerja ini. Kecenderungan penentangan British di Tanah Melayu biasanya hanya berlegar di sekitar negeri Melayu selain Johor. Kedudukan Johor sebagai negeri yang campur tangan sebagai ’intermediary’ antara British dan negeri Melayu turut menimbulkan persoalan terhadap usaha penjajahan British dan reaksi di Johor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data dari sumber primer dan sekunder diadun dan dipersembahkan dalam tatacara deduktif. Kajian ini memberi fokus utama dalam tempoh 1800 hingga 1914 bagi melihat reaksi di Johor berasaskan keadaan di Tanah Melayu dan usaha British untuk mengawal Johor secara rasmi. Kajian mendapati bahawa Johor dalam tempoh 1819-1800 mempunyai hubungan baik dengan British tanpa usaha penjajahan sepertimana berlaku dalam negeri Melayu lain. Usaha penjajahan bermula daripada 1800 hingga Johor berjaya dikawal secara rasmi melalui General Advisor pada 1914. Selepas daripada itu, Johor turut menyumbang ke arah pembebasan Tanah Melayu daripada British melalui gerakan arus nasional. Kajian juga mendapati, Johor telah bereaksi untuk menghalang penjajahan melalui pelbagai usaha seperti penggubalan Perjanjian 1885 dan penggubalan perlembagaan Johor 1895.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Oct 2020 04:27
Last Modified: 26 Oct 2020 04:27
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/685

Actions (login required)

View Item View Item