Pendekatan al-Biruni dalam Memahami Konsep Gerhana Menerusi Kitab al-Qanun al-Mas' udi [Using The al-Biruni Approach to Understand The Eclipse Phenomenon Based on The al-Qanun Al-Mas'udi Scripture]

Roslan, Umar and Rodhiyah, Shahimi (2020) Pendekatan al-Biruni dalam Memahami Konsep Gerhana Menerusi Kitab al-Qanun al-Mas' udi [Using The al-Biruni Approach to Understand The Eclipse Phenomenon Based on The al-Qanun Al-Mas'udi Scripture]. Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS), 1 (2). pp. 25-39. ISSN 2682-8022

[img] Text
FH02-ESERI-20-37333.pdf
Restricted to Registered users only

Download (434kB)

Abstract

Perkembangan ilmu sains yang semakin meluas mendapati banyak buku-buku, artikel, jurnal dan sebagainya yang membahas tentang kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan ini. Kitab al-Qanun al-Mas’udi karya Abu Rayhan al-Biruni adalah sebuah kitab ilmu falak membahaskan fenomena gerhana dengan lengkap. Permasalahan yang dikaji turut merangkumi konsep gerhana matahari dan bulan menurut pandangan sarjana Islam dan Barat, konsep gerhana menurut al-Biruni berdasarkan kitab al-Qanun al-Mas’udi dan analisis daripada nas dan syarak serta teori sains untuk melihat keselarasan antara Sains dan Islam. Kajian ini bersifat kepustakaan (library research), bertujuan untuk menjawab semua persoalan yang dikemukakan. Sumber primer untuk kajian ini adalah kitab al-Qanun al-Mas’udi dan data sekundernya diperolehi daripada beberapa dokumen bertulis seperti buku, makalah, artikel, jurnal dan tesis. Semua data tersebut diolah dan dianalisis menggunakan metode deskriptif analisis. Hasil daripada kajian terhadap kitab al-Qanun al-Mas’udi, al-Biruni adalah seorang sarjana Islam yang mempercayai teori geosentrik iaitu menganggap matahari bergerak mengelilingi bumi. Pendapat ini berbeza dengan pendapat ahli-ahli astronomi lain yang mempercayai teori heliosentrik iaitu matahari sebagai pusat tata suria dan bumi yang mengelilingi matahari. Tetapi, konsep gerhana secara umum yang dinyatakan al-Biruni berdasarkan kitab beliau itu adalah selari dan sama dengan pendapat ahli-ahli astronomi yang lain iaitu berlakunya kejadian gerhana apabila matahari, bulan dan bumi berada pada satu garis lurus astronomi. Oleh kerana itu, maka kitab al-Qanun al-Mas’udi adalah kitab yang sesuai dijadikan rujukan pada zaman sekarang untuk mengetahui bagaimana berlakunya fenomena gerhana matahari dan gerhana bulan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Gerhana, al-Biruni, al-Qanun al-Mas’udi, nas syarak, teori sains
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Apr 2022 01:54
Last Modified: 24 Apr 2022 04:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6832

Actions (login required)

View Item View Item