Tadbir urus harta kanak-kanak menurut perspektif syarak

Noorsafuan, Che Noh and Md Yazid, Ahmad and Rosnani, Hussain (2020) Tadbir urus harta kanak-kanak menurut perspektif syarak. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3 (1). pp. 145-156. ISSN 2600-9080

[img] Text
FH02-FKI-20-36981.pdf
Restricted to Registered users only

Download (304kB)

Abstract

Golongan kanak-kanak juga berhak memiliki harta walaupun mereka merupakan golongan yang masih kecil, lemah fizikal dan mental untuk mentadbir harta. Kelayakan kanak-kanak untuk menerima dan melaksanakan tuntutan syarak khususnya dalam perkara muamalah dibahagikan mengikut kategori kanak-kanak iaitu bermula dari peringkat janin dalam kandungan, bayi yang baru dilahirkan, kanakkanak yang mumayyiz dan kanak-kanak yang telah baligh. Bagi kanak-kanak yang tidak mampu melaksanakan tuntutan syarak dalam urusan muamalah kerana faktor di atas, maka pengurusan harta kanak-kanak ini perlu ditadbir oleh wali atau wasi yang berkelayakan menurut syarak. Sejajar dengan itu, objektif penulisan ini adalah untuk membincangkan tadbir urus harta kanak-kanak menurut perspektif syarak bagi menjamin dan memelihara kebajikan mereka. Kajian kualitatif berdasarkan kajian analisis kandungan ini menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Maklumat dan data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Kajian ini menjelaskan bahawa pihak yang diberi tanggungjawab mengurus dan mentadbir harta kanak-kanak perlu mengikuti kaedah pelaksanaan tadbir urus berlandaskan syariat Islam, kerana ia mampu menjaga kemaslahatan kanak-kanak tersebut dan hartanya daripada dieksploitasi dan dimanipulasi oleh pihak lain.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tadbir Urus Harta, Kanak-kanak, Kelayakan, Syarak
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 06 Apr 2022 05:58
Last Modified: 10 May 2022 07:49
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6808

Actions (login required)

View Item View Item