Penggunaan input pembelajaran bersumberkan pembiayaan tambahan pendidikan kerajaan negeri dan hubungannya terhadap pencapaian pelajar di Hulu Terengganu

Lazim, Omar and Tuan Maznah, Tuan Muda (2019) Penggunaan input pembelajaran bersumberkan pembiayaan tambahan pendidikan kerajaan negeri dan hubungannya terhadap pencapaian pelajar di Hulu Terengganu. Asian People Journal, 2 (1). pp. 64-72. ISSN 2600-8971

[img] Text
FH02-FKI-20-46798.pdf
Restricted to Registered users only

Download (277kB)

Abstract

Setiap tahun kerajaan telah membuat pembiayaan yang tinggi untuk memastikan semua agenda dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Namun, pembiayaan pendidikan ini tidak disertai dengan pencapaian pelajar yang memberangsangkan. Kajian ini dibuat adalah untuk melihat hubungan antara penggunaan input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan pendidikan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap pencapaian pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar tingkatan enam rendah di empat buah sekolah di Hulu Terengganu. Sampel kajian adalah 145 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan data rentas masa. Data kajian di pungut menggunakan borang soal selidik dengan empat konstruk. Tiga konstruk iaitu pengajaran guru, penggunaan bahan pengajaran dan penilaian serta pelaksanaan program akademik tambahan merupakan input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan kerajaan negeri dan satu konstruk motivasi pelajar. Data di analisis menggunakan Program Statistic Package of Sosial Science (SPSS) version 21 secara deskriptif dan statistik inferensi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan kerajaan negeri mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi belajar pelajar. Namun, tidak terdapat hubungan antara penggunaan input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan pendidikan kerajaan negeri terhadap pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dapat dirumuskan bahawa, walaupun tidak terdapat hubungan antara penggunaan input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan pendidikan kerajaan negeri terhadap pencapaian SPM, tetapi penggunaan input pembelajaran ini telah meningkatkan tahap motivasi belajar pelajar yang membantu meningkatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara tidak langsung. Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu wajar meneruskan lagi pembiayaan pendidikan tambahan ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembiayaan Pendidikan Tambahan, Input Pembelajaran, Motivasi, Pencapaian Pelajar
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 04 Apr 2022 01:49
Last Modified: 04 Apr 2022 01:49
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6749

Actions (login required)

View Item View Item